Thursday, July 14, 2011

MISSION ACCOMPLISH!

Ini bukan Mission Impossible ek...
sebab mission ni tersangat la possible
sebabnya benda yang dicari tu memang senang nak dicari
[tapi kena tahu la kat mana benda tu ada]

Misi aku beberapa hari ini ialah ---> mencari cekak
bukan cekak musang mahupun silat cekak
tapi cekak kepala untuk Aleeya

Minggu ni je 2 cekak dia dah patah
mana idaknya kalau tidur pun nak bercekak
bila dah bergumpal2 atas tilam kena hempap dengan badan lak tu
maunya tak patah cekak tu dibuatnya

Kali ni aku cakap kat dia aku takmo beli cekak keras tu dah
aku nak belikan cekak yang ada getah kat belakang tu
[mak long dia ada satu cekak ni]
dia pun kata ok je.. so aku jelajah le satu KL nak cari cekak tu 
[nampak sangat penipu kan?? KL pun tak habis lagi aku round sebenonya]

Lepas 2 hari mencari di Sri Damansara & Segambut
semalam aku pi terjah Giant Batu Caves pulak
alhamdulillah.... jumpa jugak cekak bergetah tu


 Ni la cekak yang aku belikan untuk Yaya
Jenuh jugak nak cari benda alah ni
sampai ke Batu Caves aku pi cari


 Disebabkan cekak ni agak besar kat kepala Yaya
terpaksa la aku jahitkan getah tu sikit supaya ketat sikit
[aku jahit bodoh2 je... ]


 Jeng..jeng... ni la rupa paras bila Yaya pakai
ok tak?? Ok la kan?? Harga pun baru RM3.90 je
Nak cari kaler pink takde la pulak
yang ada cuma kaler hitam, putih & gold
aku pilih la kaler gold sebab Yaya takde lagi cekak kaler ni


Kot2 la dia tak berkenan dengan cekak gold tu
aku belikan dia headband kain ni [blur la pulak gambonya]
bila bawa balik dua2 pun dia suka
bergilir2 nak  pakai tu...
ish..ish..ish...

2 comments:

zaidah said...

rasanyer idea yang bagus pakai cekak getah nie...taklah patahkan...

SYANI said...

Betui tu, takde risiko patah cuma berisiko untuk putus jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...