Wednesday, July 27, 2011

LUNCH DATE DI JOMBALI

Citer pasal shopping raya tak habis lagi
walopun tang part shopping baju anak2 tu dah settle dah

Dari Jusco aku ajak hasben pi singgah Carrefour
Motif???? Nak ajak pi tengok langsir kat NAGOYA
rumah sama2 so kena buat keputusan bersama jugak la kan

Tapi sebelum tu kena pi isi perut dulu
jam dah pukul 12tgh dah
perut pun dah nyanyi lagu dangdut & keroncong
mana idaknya, kami tak bekfes pun, cuma minum ayaq Nescafe sorang sekole

Dah sampai K4, aku ajak hasben makan kat JOMBALI
ni tempat feveret kitaorang lunch kalau ke K4 masa keje kat OHC dulu
sebab belum lagi time lunch hour, so restoran tu agak lengang le
tempat pun banyak kosong & makanan pun cepat sampai


Sementara menunggu makanan sampai, layan dulu citer Mr Bean kat tv tu. Sambil tu aku snap la gambar waiter. Eh, baju staff Jombali ni lebih kurang sama kalernya dengan baju korporat opis aku la...hehehehehe

Ok jom tengok ape benda yang kami makan kat sana

Ni hasben aku order --> Mee Hailam

Ni pulak roti bakar kaya kacang [kalau tak silap namanya]
rangup & sedap. Rasanya cam makan apam balik sikit.

Chicken Chop Black Pepper... 
Western tak sudah2 aku ni


Air pink ni aku punya ---> Bandung Cincau.
Hasben aku punya Soya Cendol. Gambo lupa nak snap. Lagipun hasben aku dah kocak lak air tu. Tu nampak tak tangan dia tengah mengocak air cendol..Hehehe.. 

Besar tau gelas air kat sini, sampai tak habis aku minum.

Overall puas hati dapat makan dengan kenyang. Makan kena lebih ye dak?? Sebab sat lagi nak tawaf dalam NAGOYA lak.

Bila dah kenyang & bayar, terus tuju NAGOYA lak. Tak sabar nak tunjuk langsir2 kat hasben aku. Biar dia pulak rambang mata. Tapi balik2 aku jugak yang rambang. Dia idak rambang pun. Kalau dia kata dah ok tu, takde la lagi dia nak belek2 yang lain.

Aku tunjuk kat dia antara pilihan2 yang menarik di mata aku. Last2 dia pun cakap  berkenan kat yang cam bulat2 tu [aku dah tepek gambo kat entry lepas]. Itu baru night curtain. Day curtain yang jarang2 tak pilih lagi.  Pilih punya pilih akhirnya decide ambil yang warna light brown. Sebelum ni beli kaler putih jer. 

Lepas pilih kain, kami tempah kat situ jugak. Senang sikit, tak payah pening2 nak cari tailor pulak. Lepas ambil ukuran sliding door, salesgirl tu pun kira2 la berapa harga kain + harga upah. Aku pilih kain yang RM 7 je semeter. Itu pun total kos untuk langsir je dah RM200++. Kalau aku pilih kain yang belas2 ringgit semeter maunya sampai 5-6 ratus. Upah pulak RM98. Ok la tu kan... Bukannya aku tempah langsir setiap tahun. 3-4 tahun sekali baru nak merasa yang baru.


Ok.. sudah tempah langsir raya. Lagi 2 minggu baru siap
Jeles la Cik Besah pasni...hehehehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...