Semalam masa on the way balik keje terasa haus sangat tekak aku ni
Patut la pun sebab lepas lunch tengahari tu
aku langsung tak teguk setitik air pun
Disebabkan semalam tak semayang Asar kat opis
aku berenti singgah kat Petronas untuk solat
pas solat pi masuk kedai Mesra sebab nak beli air
Peti ais kat dalam tu kan ke besar & penuh dengan pelbagai jenis air
sampaikan tak tahu nak ambil air apa
tengah dahaga tu semuanya rasa sedap kan
Selalunya kalau badan letih & kekurangan tenaga
aku beli 100 plus je, tapi semalam rasa nak beli air lain pulak
Tetiba terpandang satu tin pink
dah lama rasanya tak minum air tu
seingat aku selama ni aku pernah minum air tu 2-3 kali je
lagipun lately ni aku selalu rasa letih & lenguh2 badan
sesuai la kan.. kot2 ada rasa bertenaga sikit
Ini la penghilang dahaga aku petang semalam
[mahal jugak ek satu tin kecik ni]
Aku tau la malam tadi malam Jumaat, tapi ini takde kena mengena okeh...
Masuk dalam kereta, sebelum pegi ambil hasben
bukak tin, then terus teguk air tu
eh.. kenapa air ni rasa cam kopi ek??? Sekarang dah tukar perisa ke??
Rasanya sebelum ni aku minum rasanya cam manis2 ala2 isotonik gitu
sekali aku belek2 la tin tu
Patut la rasa kopi, aku terbeli yang Perl Cafe
sabo je la...
tu la gara2 nak cepat sangat, nak belek tin pun tak sempat
tin dah kaler pink tapi tang gambo biji kopi tu boleh tak perasan lak
tak kisah le... semua dah selamat dalam perut aku dah pun
Next time beli kena belek betui2 dulu...
No comments:
Post a Comment