Tuesday, July 26, 2011

CERITA SHOPPING SEMALAM

Lambat lak aku buat entry pasal semalam
Seperti yang sedia maklum [maklum ke korang??]
semalam telah mengambil cuti untuk pi seronot2 dengan hubby
pi seronot2 menghabiskan duit dalam bank
pi shopping Raya..hehehehe

Orang kata SOGO tengah sale
tapi malangnya hasben aku tak bulor nak ke sana
akhirnya pi shopping ke Jusco Wangsa Maju je

Kami kuar rumah kul 9pg
singgah KWSP Selayang jap
pastu kul 10 camtu terus cau pi Wangsa Maju
Maklum la hari Senin, pagi lak tu, memang tak ramai orang la
buleh shopping dengan tenang

Sampai sana terus tuju tempat pakaian budak2
memang tujuan ke sana pun nak beli baju anak2
pilih punya pilih punya pilih
[nak cari yang diskaun 50-70% jer]
ini le hasilnya

Dapat la belikan anak2 aku sorang 4 pasang
cuma Aleeya je kami tak belikan seluar lagi
sebabnya pattern kat JUSCO tu tak lawo
cadangnya nak beli kat BILLION depan rumah mak aku je masa balik raya nanti


Yang tak beli lagi cuma baju kurung & baju melayu untuk depa 
Baju raya aku & hubby pun tak beli lagi lor...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...