Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 7, 2011

PENUNGGU SETIA

Sepanjang minggu ni laki aku asyik OT jer [cari duit raya maaaa]
dan sepanjang minggu ni jugak aku terpaksa jadi penunggu setia
sian kat aku... nak balik sendiri, takda sapa nak ditumpang
kalau aku balik dulu, laki aku nak balik naik apa pulak

Takpe.. sabar...sabar..
berkorban untuk suami dengan ikhlas & rela hati
dapat pahala tu... insya-allah

Sepanjang menunggu hasben aku
layan je la apa2 yang patut
novel ke, dengar MP3 ke, tidur ke, tengok kereta lalu lalang ke
yang tengok kereta lalu lalang ni buat aku mengantuk
tapi dalam sejam tu, puas jugak kalau tidur kan..

Adakah korang maklum yang hasben aku keja Tan Chong?
huk aloh... sape tak tau  Tan Chong ni kilang kereta NISSAN
[tapi kitaorang tak pakai kereta NISSAN pun]

Ini la main entrance Tan Chong

Kalau anak aku ikut, sure dia akan musykil macam mana kereta tu boleh ada kat atas tu.
Anak oi... tu cuma replika je... body ade, enjin takde ok...
[Model NISSAN SENTRA yang dulu tu]

Kalau dah bunyi siren tu, maknanya dah habis time keje la.
Normal working hour ialah 7.30 pg sampai 4.30 petang
tapi kalau OT macam hasben aku, habis kul 7.30mlm
12 jam di tempat kerja ko... mau tak berlengas satu badan

Bila dah habis waktu keje, camni la rupanya
macam anak ayam keluar reban  [dah le pakai baju kuning lak tu]

** Kalau pakai baju kuning tu maknanya budak baru la, bila dah konfem baru dapat uniform kaler biru tu..

** Hasben aku kata nanti nak keluar model baru --> Grand Lavina versi kontot.

3 comments:

Sitisifir10 said...

igtkan amik gambo org lari pakai baju keBERSIHan :P

SYANI said...

Ha'ah la, tak teringat pulak...

littlehumblelynn said...

terpaksalah kan..kena OT..if not mana nak cekau jugak belanja raya..sgt memahami :(