Monday, February 28, 2011

Mesej Terakhir Yang Tanpa Motif

Ni bukan nak cakap ni mesej terakhir aku
no..no..no.. [sambil goyang jari telunjuk ke kanan & ke kiri]

Sape nengok cerekarama Sabtu lepas kat TV3???
ha.. citer Mesej Terakhir tu la yang aku nak diskass kat sini
Citer tu pada aku ok-ok je
nak kata best idak le jugak, nak kata boring, boring la jugak
Ni pendapat peribadi aku la.. kot2 la orang produksi citer ni baca, kang kata aku kuat komplen lak
selalunya kalau citer Jalena Rejab & Ahmad Puad Onah ni semuanya best2, tapi kali ni cam hampeh jer.

Citer ni macam takde motif aku rasa.. macam cerita ni direka2 untuk penuhkan slot cerekarama tu jer.
Pelakon2 pulak, bukan main mantap la lakonannya tapi menyampah pulak watak yang depa mainkan tu
Yang aku geram tu, citer ni banyak scene menunggu, termenung, menangis, berharap
[part2 camni je dah ambik masa sejam setengah. Setengah jam lagi je la baru ada action/ keputusan dari tindakan deme.
Anak aku pun dok bising mulutnya "Mama, kenapa pompuan tu asyik temenung, nangis, temenung nangis"
Buang masa je aku menunggu 2 jam nengok citer tanpa motip ni.
Yang menambah bengang tu, menyampah pulak aku nengok kebodohan watak2 pompuan2 pelakon utama tu.[Bukan pelakon tu yer, cuma wataknya tu yang aku kata bodoh]
 [Ekceli aku cari gambo drama tu tapi takde, so aku tepek je la gambo pelakon utamanya si Rita Rudaini ni.]

Sorang tu sang isteri [Rita Rudaini], bila tau si arwah suami ada affair, tak bersemuka langsung dengan girlfren laki tu. Kalau awal2 pi jumpa takde la meleret2  citer ni. Pastu takyah le dok pi "on" tepon arwah suami dia tu. Pastu nak termenung, menangis bila dapat sms  dari awek arwah suami dia. Kalau aku la kat tempat dia, aku jumpa je pompuan tu nak tau citer sebenar takpun aku off je henpon tu. Kalau nak marah hasben pun tak guna la kan sebab lakinya dah mati.

Yang side girlfren tu pulak [Tiz Zaqyah], memang la ko tak tau yang boipren hang tu dah mampus. Pastu baru je kenal 6 bulan dah dok harap2 sangat laki tu nak kawen dengan dia, sampai angau satu badan. Dah le tu selagi tak jawab sms, selagi tu la dok hantar sms bagai. [Rimasnya aku pompuan camni] Kalau aku la jadi pompuan ni, kalau dah lama boipren pjj tu tak kontek, baik le lupakan jer. Usah le nampak cam desperate sangat. Kalau dah tak dapat sms pun, call je la, kan senang????

Actually, 2 perkara ni je yang buat aku bengang. Menunjukkan betapa lemah le sangat orang pompuan ni. Sorang bongok, sorang desperate. Hai entah le.. Aku ni pandai je komplen, mementang benda ni tak jadi kat aku.. Anyway korang yang nengok citer ni apa korang punya komen??

4 comments:

atty's said...

paling menyampah punya lah banyak sgt iklan ..setiap 10 minit..iklan pun 10 minit..citer tu benornya 1 jam je..

wida said...

sy smpai tertido tgk cite ni..nak tunggu ending punyalah lama, asyik termenung..menangis jer

LiErOSe~QiEmi said...

alaa tak tgk.. nape tak cite je sipnosis sampai abis huhuhu

Eye_nee said...

LAma betul memendam rasa..sampai anak dmm pon boleh terabai sbb hati yg remuk dek curangnya laki dia..mmg betul lah...seperti main pakai muat je tuk mengisi slot Drama tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...