Monday, February 14, 2011

Mari Berinai

Nak kata nak kawen, masanya idak le lagi 
tapi tetiba je si Aleeya ni cakap dia nak pakai inai
Memula tu suh aku petik daun inai & tumbuk
Mama yang sangat malas cakap tak payah le, nanti mama belikan yang kat kedai

Balik kerja minggu lepas, aku singgah le satu kedai India ni nak cari inai
Mujur la ada lagi inai.. itupun tinggal yang tak berapa merah
tapi aku cakap tak kisah le janji Aleeya dapat pakai inai
Bila aku bawa balik je inai tu  tersenyum lebor si Aleeya

Sabtu lepas, Aleeya mintak aku pakaikan inai
Katanya dia nak pakai kat kuku je taknak pakai kat jari
Aku ikutkan je le, pas pakai kat kuku suh aku lukis pulak kat tangan dia
Walaupun daya kekreatifan aku tak berapa nak tinggi, aku bantai je le melukis bodo2

Inilah hasilnya
Tah apa2 aku conteng kat tangan dia... lantak le janji ade...

1 comment:

Queen said...

hakhakhak..siap sampai huruf2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...