Monday, February 14, 2011

Cara Nak Tau Haid Dah Habis ke belum

Tensennya kalau dah mandi wajib esok2 ade lagi saki baki darah period ni.. Ingatkan dah habis. Walopun kalernya dah tak merah tapi ade kaler keruh2 pun konsider still in period gak kan?? Period ni pun cam biskut Chipsmore gak, kejap ade.. kejap takde.
Tadi masa blogwalking, singgah ke blog ilmudanulamak. Terbaca la satu soal jawab yang teramat relevan dengan permasalahan wanita yang satu ni.

Soalan:
Ust, Saya ada 1 kemusykilan berkaitan dengan kedudukan darah berwarna kuning dan keruh; Jika seseorang wanita yang kebiasanya datang haid dalam tempoh 5-6 hari. Selepas melahirkan anak beliau mendapati selepas hari ke-6 masih terdapat cecair berwarna kuning dan keruh, dan ianya berlarutan hinggalah hari ke-10. . . Persoalannya adakah warna keruh dan kuning keluar (diluar kebiasaan) itu masih dikira haid? apakah beliau boleh melaksanakan ibadah seperti wanita suci? Mohon penjelasan ustaz..Terima kasih.


Jawapan:
Warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء
“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah

Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Wallahu a’lam.

** sumber dari ilmudanulamak.blogspot.com

** Paling tension kalau mende ni jadi masa bulan pose... Jenuh nak ganti pose le jawabnya...

10 comments:

teacher bonda said...

syani, aku pon slalu kna cmni tau. lps bersalin n anak dh umur 1thn lbh, br jd cmni. tp aku ikot yg 15 hr tu la..kdg2 tensen gak sbb tgh plan nk pregnant lg.

atty's said...

gudinfo...

munna said...

bagus info ni syani... tapi munna sejak lahirkan yasmin period tak dtg 2 lagi.. dah dekat setahun dah ni

fazemy said...

Geli arr tgk gmbr tu. Blh lak buat menulis dgn darah. geli geli. hehe.

Info menarik:))

jie said...

mohon share :)

saifanor said...

Terima kasih atas infonya.. :)

junainah mohamed said...

terima kasih atas info..banyak membantu saya menangani masalah saya..

@Miss Novel said...

Macam mana nak tahu darah haid atau darah istihadhah kalo tgh period yg tinggal keruh tu?

SYANI said...

Miss Novel,
Tempoh period adalah 1-15 hari. Kalau keruh tu masih dalam tempoh -15 hri tu, ia dikira darah haid. Kalau selepas tempoh tu baru dikira darah istihadah

p3@nu+k@caNg said...

pagi saya da clear then tiba time zuhor keluar kuning then smp
ke isyak lepas tu takda colour.sy pastu qadha la adar,maghrib isyak bila bangun untuk subuh esoknye. da lepas mandi wajib,tibe zuhor keluar lagi..huuuu macam mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...