Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 3, 2011

SUKAN VS REUNION

Sepatutnya pada 09/10/11 ni, geng2 ex batch sekolah aku nak buat reunion.
Dah lama dah nak buat gathering & potluck bagai
Konon2 aku pun nak jugak la pi berjimba2 dengan kengkawan lama
[al-maklum la... dah lebih 10 tahun kitaorang tak jumpa]
Punya la semangat sampai segala menu dah dicop dek member2 yang bakal join

Minggu lepas, sengaja la refresh pasal aku punya gathering tu pada hasben
[dulu dah pernah mention dengan dia tapi cam tak konfem]
Isteri Mithali kan, so kena la mintak izin suami
kang hasben tak bagi kang, jadi bini durhaka lak aku
So bila aku mintak izin tu, hasben aku cam diam je
[marah ke?? tak suka ke?? tak boleh ke??.... dalam hati aku la dok bertanya2]
Last2 hasben aku ubah topik bersembang
dan permohonan aku tu cam digantung tak bertali
[agaknya dia nak fikir dulu kot... mentang2 dia kena jaga anak time tu.hehehe]

Memandangkan permohonan aku tu belum approve hari tu
so aku pospon la nak tanya esok lusa lak
cari masa yang sesuai la konon nak pujuk tok laki
[lupa nak habaq, conversation tadi tu dalam kereta masa on the way balik keje]

Lepas sampai rumah, Yaya pun balik siap bawak sehelai kertas putih
Ingatkan surat apa rupanya surat sekolah

Ada sukan rupanya tadika Yaya
sekali tengok tarikh..... apakah?????
hari yang sama dengan gathering tu...
so, memang dah takdirnya aku tak boleh join gathering tu
[sila imejin kepala aku macam kepala Shin Chan dihempap batu bata]
patutla tok laki aku liat nak bagi jawapan
apa nal buat.... bila dah berkeluarga ni , FAMILY FIRST la kan..

So geng2 SERATAIAN yang terbabit
sorry la aku tak dpaat join korang
Yatt & Awa, pasni tepek la gambo banyak2 kat fb ye
supaya boleh menjeleskan & me'manas'kan aku di kejauhan ni.. hu..hu...hu


10 comments:

Yana Halim said...

jom reunion kita je nak? akak nak pi genting 8 hb nih.....boleh jumpa kalau dekat...:)

Qhaifa Nur said...

aaahh dah sama tarikh pulak..dah buat keputusan ke ni.

jelah said...

anak sekolah pasti.....bgos2...

SYANI said...

Kak Cho nak pi genting?? Turun genting tu meh la lalu Batang Kali. Boleh la kita jumpa.. dah dekat dah ngan rumah saya tu.

SYANI said...

Qhaifa Nur,
Dah buat keputusan la ni kak. Pilih anak dari kengkawan...

SYANI said...

Jelah, tak rugi hantar anak ke PASTI. Alhamdulillah..

rasp said...

itulah kan....
kita hanya merancang, Dia yang menentukannya....

Kakzakie Purvit said...

Anak kakak semuanya pun bermula sekolah di Tadika Pasti... Tak apalah lain kali ada reunion lagi joinlah...

ajumohit said...

hehhe mestilah nk tgk anak sukan kan...setahun skali lak tu..

Unknown said...

ok tak hantar PASTI..
nak hantar jugak la rasa..
tahun depan anak dah masuk sekolah..