Monday, October 17, 2011

SAYANG ADIK

Hari Sabtu lepas, aku masak bihun je kat anak² aku
Malas nak masak beria² sebab hasben aku pun keje
Dah le tu, lepas zohor ada kenduri kat rumah babysitter Adib lak
Malam pulak hasben ajak dinner kat luar
so agenda masak memasak hanyalah yang ringkas² sahaja.

Sebelum gi kenduri tu, Adib tak berapa nak makan pun
Masa kenduri pun dia tak makan banyak
Lepas je balik dari kenduri, sambil tengah rehat² kat ruang tamu
dan sambil menonton DHOOM 2 kat TV3
[eh..eh..hensem ek si Hritik Roshan dalam citer ni]
Tetiba si Yaya menatang semangkuk bihun
memula si Adib buat dek je
tapi lepas nampak si Yaya beria² makan dia pun menempel sebelah Yaya
yang Yaya pulak elok je suap ke mulut Adib
elok la pun depa dua beradik duduk diam² makan
senang aku nak layan Hritik Roshan

Masa tengah khusyuk makan, sempat la aku snap gambo depa




Habis licin 2 mangkuk si Adib & Yaya makan...

** Tang rambut Aleeya ni aku tensen tul... tak reti² nak ikat rambut tau. Kalau ikat pun ada la dalam 5 minit pastu bukak balik.

8 comments:

kakchik@ella said...

Alahai .. kiutnya dua beradik ni.

Qhaifa Nur said...

kakak dah besar kena tolong ibu pulak jaga adik..

yana halim said...

Adib sgt sensitip dgn kamera, ye? boleh jadi model nih... cute.

Pretty Ryna said...

mesranya si yaya n adid ni.....pandau yaya jaga adik dia...:)

SYANI said...

KC,
Thanks...

SYANI said...

Qhaifa,
Selaunya Yaya yang suka menyakat adik dia..

SYANI said...

Kak Cho,
Adib memang pantang kalau nampak kamera. Automatik posing.

SYANI said...

Pretty Ryna,
Time baik memang la mesra, cuba kalau time gaduh, huru hara jadinya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...