Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 7, 2011

5 PUJIAN YANG SUAMI IDAMKAN

Bukan pompuan je yang suka kena puji, tapi laki pun sama
Dah namanya manusia kan, memang dah fitrah kalau suka puji, tak suka keji

Ini nak mask bab tips kebahagiaan rumah tangga
Semoga kita sama² dapat ilmu & praktikkan untuk eratkan kasih sayang  dengan pasangan masing²

Artikel ni aku baca dalam Utusan Malaysia beberapa hari lepas
[Nak petik dari buku Cakar Harimau, aku pun belum  start baca buku tu]
So aku  share le dulu tips ni dengan para² isteri sekalian ☺


Selalu ke korang puji suami korang?
Selalunya kalau kita menghargai seseorang kita cuma cakap TERIMA KASIH je kan
Tapi kalau dengan suami kita, sekali sekala puji la lebih sikit
Lagipun puji memuji tu pun dituntut dalam Islam & dapat pahala lak tu..
Tapi puji kena ikhlas la yer..




 Suami memang suka dipuji dalam hal yang berkaitan dengan bakat mereka. Terutama apabila mereka berjaya menyiapkan sesuatu tugasan atau berjaya dalam tugas kecil seperti membetulkan paip rosak atau sinki tersumbat.

Apatah lagi kalau suami berusaha melakukan sesuatu yang istimewa untuk anda seperti memasak di hari ulangtahun. Jadi ucapkanlah kata² pujian dan penghargaan untuk menambah keterujaan pasangan anda.




 Suami akan rasa sungguh terhormat apabila dia dapat memberi perlindungan kepada orang yang dicintainya. Memang menjadi lumrah kaum Adam sejak azali lagi melindungi wanita sehingga ada yang sanggup mati demi kekasih yang dicintainya. Jadi biarkan si suami tahu pengorbanannya benar² dihargai dan bererti bagi anda






 Tengok suami anda jenis macam mana. Kalau dpat suami yang semulajadi bersikap romantik, anda memang beruntung. Tetapi jika suami kurang romantis, anda masih boleh membuatkan dia menjadi romantis dengan anda.

Suami yang serius tidak bermakna dia langsung tak romantis. Ada kalanya dia akan bersikap romantis dan inilah masanya bagi isteri untuk membalas romantis tersebut dengan ungkapan : "Sayang, saya suka begini"




Agak pelik unutk meluahkan perkara ini tapi ia memang penting sebenarnya. Secara psikologi, menunjukkan rasa simpati atau kasih sayang terhadap keluarga suami adalah satu perkara yang amat membuatkan suami bahagia.

Tindakan anda itu membuatkan suami tahu yang anda menerimanya seadanya. Begitu juga dengan rakan-rakannya. Kepandaian anda bercampur dan menghormati rakan suami membuatkan suami bangga dan dia pasti tidak perlu mencari alasan untuk tidak mengajak anda ke majlis perjumpaan semula teman lama sekolah atau universiti. Bukankah ini satu perkara yang baik, jadi luahkan bahawa anda sangat menyenangi keluarga dan rakan² suami anda.




Teringat lagu Trisha Yearwood - HOW DO I LIVE. Suami memang ingin selalu rasa diperlukan. Mengapa? Sebab dia sanggup membela anda bersungguh² pada hal yang menyakiti anda di pejabat atau apa saja.

Nah, inilah masanya anda membalas tindakan suami dengan menyatakan kepadanya kalimah, :"Sayang, apa  yang saya boleh buat tanpa abang?". Memang ia akan menampakkan anda lemah dihadapannya. Lakukan ungkapan tersebut secara penghargaan lisan sekali gus ungkapan terima kasih yang tulus ikhlas kerana kesudiannya menjadi teman hidup anda suka dan duka.


** Isteri jangan berat mulut nak puji suami sendiri...☺☺☺



4 comments:

Nini Hartini said...

Alhamdulillah...rasa mcm ke 5-5 saya selalu ckp kt suami.

sisdee said...

hehhehehhehhe..kdg2 puji gak suami tapi dlm keadaan gelak2 hahahahaha

Kakzakie said...

Siapa tak sayang suami. Pujilah selagi masih bersama asal jangan puji ada udang sebalik batu ye.:)

CIK JATT said...

love this:) lepas ni kena banyakkan lagi puji cik abang nih.