Wednesday, October 12, 2011

BELAJO LOGHAT PERAK

Hari ni awok takde idea nak merepek meraban dengan kome tau
Semalam masa dengar HOTFM, ada la satu perkataan yang Usop Wilcha sebut kat Fara Fauzana
Sampai tergeliat² lidah si FF menyebutnya [tu le bukan lidah orang Perak nyebutnya]
[Semalam Usop sebut perkataan "MENYERONGIN"]


Hari ni teman nak ngabo beberapa perkataan Perak yang teman tahu le
Ate, awok pun bukannya Perak pior yang sebetul² pior
Udoh awok ni kacukan memacam negeri kan...
  • Awok / teman = saya
  • Mengholoh = tidur
  • Tumpor = mati
  • Ngobak / Teghoyak = menangis
  • Menyongket = merayau
  • Ate = abis tu
  • Menyerongin = tersengih²
  • Deme = diaorang
  • Kome = korang semua
  • Lebuh = hilang
  • Gelenyor = gatal merenyam
  • Ayo =air
  • Nohin = buat tak tahu
  • Muntah monggek = muntah² keterlaluan
  • Tereban = campak
  • Labun = cakap
  • Gebor = selimut 
  • Biut = degil
  • Regeh = penyapu lidi
  • Nyelap = naik sheikh/ lupa diri/ emosional
  • Hingor = bising
  • Peghosoh = desak/paksa
  • Cakcibor = pepatung
  • Labang = pekak
  • Besit = pukul dengan melibas / merotan
  • Tengin = bodoh
  • Bedeah = tipu
  • Lenjun = basah kuyup
  • Kepam = hitam
  • Selait = torchlight 
  • Pedor = rasa tawar campur kelat
  • Kokak = gigit
  • Kijak = pijak
  • Libang libu = perasaan tak tenteram
  • Kebulor = lapar sangat²
  • Metoka = kereta
  • Getik = menyampah
  • Moh = Jom
[ini loghat banyaknya orang Kuala Kangsor yang pakei. Orang belah² Parit/Lambor, lain lak bunyinya]
 Panjang jugak dictionary aku ni.. Kot² ada sapa nak tambah, silakan le...

6 comments:

|| NaFiRaa || said...

kekekke.. berbelit2 lidah nak menyebutnye.. hehehehe

kakyong said...

kakyong kalo balik kg baru le terkeluor ckp peghak.. kalo kat rumah ni, ckp bhs biasa jer..

SYANI said...

loghat perak ni banyak nyebut huruf "ghin"

SYANI said...

Kak Yong,
Saya punya assistant pun orang Perak gak.. dalam bilik kami keluar semua loghat Perak..

saniah said...

syani...hasben akak org perak tggl kat ipoh tapi kmpg kat tnjg malim n tapah road..balik kmpg seronok dengar loghat diaorg..paling suka loghat perak..berlagu lagu gitu kan

Totie@Tomy said...

suami saya orng kl tp mak mertua saya orang perak tp mmg best ar loghat perak..mcm cikgu shida..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...