Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 9, 2010

Langkawi Part 2 : Jeti Kuala Kedah

Kalau ikutkan ini kali pertama aku gi Langkawi ikut Kuala Kedah
sebelum ni dua-dua kali aku ikut Kuala Perlis
tapi nak buat cemana, keadaan tak mengizinkan ikut KP so terpaksa la ikut KK

Sambungan dari entry lepas.
Kul 6.45 sampai jeti KK pastu dah punggah2 barang dalam kul 7 pagi
umat kat jeti tu usah cerita la.. punya la ramai
macam orang nak pi haji lak
 Ni baru kat luar tau. Yang kat dalam langsung cam ikan sadin.

Disebabkan tiket kitaorang nak kena tukar dulu so nak tak nak terpaksa la menunggu. Katanya kul 9 baru boleh tukar. Alih2 kakak yang ejen kat Langkawi tu kata takleh nak transfer tiket & kitaorang kena beli tiket lain. Sampai Langkawi nanti baru dia refund tiket yang asal tu.WTF??? Nak tak nak kena la abang ipar & biras aku pi beratur beli tiket. Terpaksa bersendat2 macam ikan sardin kat dalam tu.

 Kitaorang ni terpaksa menunggu cam pelarian lak

 Cik Besah dah serender nak berdiri, last2 bentang sotkabar duduk beramai2 kat tepi lorong tu.


 Sementara nak menunggu tiket, aku pi la tengok kat tempat orang nak naik feri. Kat sini pun berderet2 orang beratur.. Agaknya pukul berapa la kitaorang punya turn???

AKHIRNYA!!!!!! Setelah menunggu 4 jam baru dapat berita gumbira  feri kitaorang akan bertolak pukul 2.30 petang. Masa tu jam baru pukul 11 pagi tau.. Nampak gayanya kena tunggu la lagi 3 jam... 3 jam tau bukan 3 minit.. Giler!! Nak di jadikan cerita, kat KK air takde disebabkan banjir. Mana2 kedai pegi memang takde air. So sesape nak terkencing terberak, terpaksa la beli air mineral buat basuh. Dah le lapar kemain sebab dari pagi tak makan.

Ada pakcik teksi tu kata daripada menunggu baik la pegi Alor Setar ke mana ke. Hai... cemana nak pegi sebab kereta semua dah pi parking. Dah bayar dah pun. Takkan nak naik teksi pulak kan?? Habis tu barang2 takkan nak berangkut bagai kan. Masing2 barang dah rupa kargo aku tengok...

Kesudahannya kami pakat tunggu je la kat  situ. Yang jadi driver dari malam tadi ambik kesempatan untuk tidur. Terbongkang kat tepi2 lorong. Sebijik macam PATI.. hehehehe

Tepat kul 1 kitaorang bergerak ke tempat nak naik feri. Walaupun ade lagi sejam setengah, tapi disebabkan excited & tak sabar nak naik feri, masuk je la tempat tu. Tau je la kan kalau nak queue naik feri tu berebut tak hengat!


Budak2 yang over acting kat jeti..

 Feri dah sampai... tapi ini bukan feri kitaorang. Kitaorang punya feri lepas feri ni


Ni orang2 yang turun dari feri. Masing2 mengusung beg plastik biru & hijau ni. Sape tak tahu beg plastik hijau tu plastik HAJI ISMAIL GROUP (HIG), yang biru tu pulak IDAMAN SURI. Kalau pi Langkawi dua tempat ni la pun yang orang selalu tuju untuk shopping.

Lagi satu majoritinya akan mengusung beg roda a.k.a beg pramugari tu. Katanya kat Langkawi beg tu murah. Cadangnya aku pun nak beli satu nanti. 

Akhirnya... feri yang ditunggu2 pun tiba. Itupun lewat. Dekat pukul 3 baru mai. Dah le perjalanan jauh, ambik masa sejam lebih. Ini view dari tingkap feri. Gambar ni Yaya yang tangkap...Nampak tak kota Kuala Kedah tu???


Alhamdulillah, dalam feri takde plak yang mabuk. Masing2 steady & tidur sebab keletihan menunggu di jeti. Hari ni je dah rugi setengah hari. Membuang masa sungguh dari pukul 7 pagi tu. Kami sampai di Langkawi dalam kul 4.45 petang.... 

Nak tau kitaorang duk mana?
Tunggu Part 3.

2 comments:

Aini said...

huh ramainye org.. 2 minggu lepas sy pergi langkawi gak ikut KK ni ada meeting. Pegi hari khamis. Lenggang jek.. Sampai jeti kul 8.20 pg, naik feri kul 8.30 pg huhu..

Ni kalau time cuti sekolah macam mne pulak gayenye ek... comfirm 4 kali ganda sesaknye...huhu

SYANI said...

Aini,
Tu la pasal. Ini baru Deepavali. Kalau cuti sekolah takleh imejin la betapa sendatnya KK tu..