Monday, November 15, 2010

Langkawi Part 10 : Oriental Village Day 2

Lepas selesai bershopping kat Idaman Suri, kitaorng terus balik chalet untuk berkemas.Masa tu dah dekat pukul 1 tgh hari dah. Kata kakak chalet tu, ada orang nak check-in pukul 3 nanti. Kalau takde orang nak check-in boleh la stay sampai petang. 

Disebabkan feri untuk balik lambat lagi [kul 7 petang], so ada masa lagi la nak jenjalan. Kalau ikutkan aku better kitaorang pegi Dataran Lang & last minute shopping kat Jetty Point / Kompleks LADA tu. Tapi ade geng konvoi teringin nak naik kereta kabel, so kitaorang pergi ke Oriental Village sekali lagi.

Kitaorang bergerak dari chalet dalam kul 3 ptg. [Berkemas dah siap dah kul 1.30 tu, konon lepas solat nak terus gerak]. Tapi tah apa di buat dek kaum2 bapa, bersembang  tak habis2 , tu yang lewat jadinya.  Peh tu apa kena abang ipar aku tu tetiba je ubah haluan ke Snake Sanctuary. [Mementang dia yang lead sukahati mak ayah dia je nak ke mana]. Bila tanya tiket sorang dah le RM10, lagipun pertunjukan ular tu pulak dah habis. Kesudahnnya sorang pun tak masuk, so next destination Oriental Village. Perjalanan dari Kuah dah ambil masa 30 minit. Kitaorang sampai OV pun dah dekat pukul 4.

Malang sekali untuk orang2 kepingin naik kereta kabel, walaupun dah takde orang yang beratur, tapi disebabkan hujan & angin kuat so cable car tu ditutup. Frust je muka depa.. Apa nak buat dah takde rezeki. Kat sini masing2 bawa haluan sendiri la. Family aku just round2 kat bawah tu. Nak tengok gajah, tutup jugak. So kitaorang tengok rusa je le..


Lepas tu kitaorang lepak kat tetpi kolam. Sambil tu tengok la orang yang nak belajar naik menatang SEGWAY ni. Teringin jugak nak naik tapi sekali naik nak kena bayo RM18 [kalau tak silap]. Mahalnya.. Yang hasben aku pun tingin jugak tapi takut si Adib pun nak menyebok, so lupakan je la hasrat dihati tu. Tapi ralit jugak tengok depa mengajar cara2 naik menatang alah tu.



Sementara depa lepak2 kat tepi kolam ikan tu, aku ajak Yaya masuk la kedai2 cenderahati kat sana. Bukan nak beli apa sangat pun, nak cuci mata je. Lagipun hari hujan, baik la lepak dalam kedai kan. Takde la kena tempias.

Masuk satu kedai tu punya la banyak topi. Nak beli idak le teman!!! Nak buat apa jadahnya topi tu. So buat modal posing je la.. Modelnya takde la orang lain, Yaya jugak!!!

Lepas topi beg pulak dilenjannya. Ni pun nasib baik la kaler yang dia berkenan tu ade sikit je [pink & purple]. Kalau ade banyak harus setiap beg yang dia pakai tu dia suruh aku ambil gambar. 

 Ni la rupa beg besar dari tuan...


Aku beli ni je. 2 for RM10. Jadi la nak buat souvenir kat babysitter.. Aku kan bajet kecil2an, so benda yang aku beli pun kecil2an la jugak harganya. Yang penting ikhlas...

Jam dah pukul 6. Tak reti2 nak balik hantar kereta sewa tu?? Kul 7 nak naik feri dah.. [Nampak gayanya last minute shopping bakal tak menjadi kenyataan ler...]. 


** Pukul 6 dari OV, sampai Kuah dalam kul 6.30. Pastu nak hantar kereta sewa lagi, nak cek kastam lagi... nak tau kekecohan sebelum balik, tunggu part akhir!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...