Sunday, November 21, 2010

SUKAN & IHTIFAL PASTI

Ahad lepas sekolah buat Sukan & Hari Anugerah. Majlis tak buat kat sekolah dia tapi kat Dewan Dato' Abd Hamid (dewan besar la) kat Batang Kali. Kalau nak buat kat sekolah dia memang la tak muat. Budak sesi pagi je dah dekat 60 orang. Sesi petang pun lebih kurang jugak. So budak2 PASTI Batang Kali ade la dalam 100 lebih.


Surat untuk acara tu cikgu dah bagi seminggu awal. Boleh la ibu bapa buat preparation. Hasben aku pun patutnya kerja hari Ahad tu tapi dia kensel la sebab nak attend acara sekolah Yaya.

Pagi Ahad tu masing2 bangun awal. Yaya je yang liat sikit nak bangun. Kitaorang excited nak tengok Yaya sukan. Katanya dia masuk acara susun nombor.
Posing dulu sebelum gi berentap..

Another pose..


 Kat sini la tempat untuk acara sukan. Ekceli Dewan Dato Abd Hamid ni besar. Ada satu bahagian untuk gelanggang badminton, satu bahagian lagi auditorium.


 Yaya dah masuk barisan dah.


Cikgu tengah cek nama untuk setiap rumah sukan.


 Si Adib pun excited sama. Siap mandi pagi2 sebab nak ikut kitaorang tengok Yaya. Cik Besah & family abang ipar aku pun datang jugak.


Yaya rumah merah rupanya!

Lepas perbarisan masuk bebudak PASTI, ade bacaan ikrar & doa. Pastu kena nyanyi lagu Negaraku. Lepas tu diikuti dengan acara senamrobik.
 Masing2 ambil posisi... Part joget2 senamrobik ni yang Yaya paling suka. Tergelek2 bontotnya menari lagu ayam..

 Penonton setia..

 Senamrobik tak habis lagi.. Cikgu2 sekali bersenam robik..

Lepas senamrobik acara pun bermula. Ada banyak jugak acaranya tapi takde gambar la nak tepek. Semua gambo goyang sebab aku pun terover bersorak kat bebudak.. Tetiba rasa rindu masa sukan kat Taayah dulu.

Ada acara baling gelung, lari berhalangan, lari ikat kaki, kaki kura-kura [kalau zaman aku disebut jalan atas tempurung], bawa bola pingpong dalam sudu, susu nombor[acara Yaya] & rebut gula2.

 Acara Yaya dah nak start. Nampak tak kepala Yaya tu??  Aku letak anak panah kuning kalau sape tak nampak..

 Gigih menyusun nombor. Akhirnya menang tempat kedua...

Lepas acara sukan, cikgu bagi balik rumah dulu sebelum acara konvokesyen lak. Sukan habis dalam kul 10pg & konvo akan start pukul 11.30 pg. So kitaorang balik rumah dulu untuk Yaya salin uniform. Kul 11.30 kitaorang pegi balik Dewan. Kali ni buat kat auditorium pulak [sejuk sikit ade ekon]. Masa kitaorang sampai majlis tak mula lagi tapi dewan dah penuh dengan mak bapak. Tempat yang kosong pun tinggal kat barisan atas2. Jauh le dari pentas.

 Yang tudung ungu tu kepala Cik Besah ler...

 Ni dia punya kad jemputan & aturcara

Listing budak2 yang dapat cemerlang dalam periksa pun ada. Yaya pun dapat.... Ingatkan takde la hadiah untuk budak2 5 tahun. Alhamdulillah la Yaya tersenarai.. bangga mak dia kejap. Sape tak seronok wei kalau anak berjaya dalam pelajaran kan??

Gambar Yaya ambil anugerah tak dapek nak letak sebab gambo sekadar dari kejauhan. Pakai zoom pun gambar pecah [aku kan guna henpon jer]. Biarla gambo tu buat simpanan kitaorang sendiri..  Walaupun majlisnya sangat tak teratur tapi memandangkan itu hari terakhir persekolahan, redho je la... Jumpa lagi Cikgu PASTI tahun depan ye Yaya..

1 comment:

CikguIna said...

Sakam.Tahniah, Yaya dapat no 3. Tahun depan perbaiki lagi ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...