Thursday, November 18, 2010

Berkorban dan terkorban

Lambat pulak nak wish korang
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Raya haji kali ni tak balik kampung pun
raya di Batang kali je sebab abang ipar aku nak buat korban
seekor lembu tu..

Pagi2 semalam, lepas breakfast, diaorang pergi la ke tempat korban tu
[tak buat kat surau/masjid pun, order je dengan orang pastu siap sembelih]
Dalam kul 1 tgh baru diaorang sampai dari Selayang 
[lembu dah potong 8 bahagian]

Meriah giler la dengan acara melapah daging
pastu semua jiran2 pakat tolong [yang lorong belakang rumah aku je la].


Melapah tulang temulang lembu... Macam meratah rimau lak aku tengok..


Kaki lembu ni gantung pastu sorang satu ambil bahagian .. macam kedai daging jadinya!

Terer jugak laki aku dok melapah daging. Dia punya dah tinggal rangka dah!


Membasuh perut lembu pulak.. siap berus cam basuh tuala..


Pak Ali terus kerjakan kepala lembu dulu.. Scary tul rupanya..Tu belum tengok lidah dia lagi..


Isi perut lembu.. jap lagi depa nak proses la tu..




Daging yang dah dilapah.. sedia untuk ditimbang & diagihkan pada jenjiran


Juadah makan tengahari..


Perut lembu lagi....


Ni tengah mencuci usus lembu... Yang cekelat2 tu dia punya taik la tu..


Close up sikit.. semerbak bau taik lembu kat longkang tu..


Usus yang dah dicuci... cemana orang tergamak nak makan usus tu yer lepas menengok proses tadi.. Yucks!!!


Yang ni daging korban nak dibuat masak kicap [add on untuk makan tengahari...] Daging sedar bila masak memang sedap kan???


Acara malam pulak, tulang2 & segala isi perut, usus, kepala, kaki, lidah depa buat sup. Yang pak mentua aku lak tak habis2 buat rendang. 8 kilo lak tu . Start masak lepas maghrib, kul 12 malam baru siap. Yang sup pulak aku makan sikit je. Hirup kuah je pun, tang lain2 aku tak makan.. tetiba rasa geli...

Tapi dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah ni, ade jugak yang tak betulnya... 
Berkorban itu sunat kan, tapi kalau beria2 berkorban sampai terkorban solat wajib apa kes tu??? Itu kan dah tak betul... Baru nak dapat pahala sunat, dapat pulak dosa besar sebab meninggalkan solat fardhu... Haish!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...