Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 8, 2010

Langkawi Part 1 : Perjalanan Bermula

Sepertimana yang dirancangkan, malam Khamis tu kitaorang  akan bertolak ke Kuala Perlis
Katanya seawal pukul 9 nak bertolak dari Batang Kali
Hari Khamis tu,  aku still kerja lagi so aku balik kerja sampai rumah dalam kul 6.30 petang
pastu siap2 la mandi & kemas barang2 yang nak dihangkut ke Langkawi
[barang anak2 semua dah packing hari sebelum tu]

Masa on the way ke opis dengar radio
katanya banyak jalan tutup ke Perlis sebab banjir
aku pun sempat fb adik aku & member aku kat Perlis & Kedah
katanya highway tutup, jalan lama pun tutup
kalau nak pi Kuala Perlis memang tak lepas le
so depa suggest  kitaorang ikut je Kuala Kedah

Balik keje aku bagitau hasben aku pasal news tu
suh dia cakap kat abang ipar aku better kitaorang ikut Kuala Kedah untuk ke Langkawi
bila di habaq kat abang ipar aku, dia kata member dia [polis kat Kedah/Perlis] cakap jalan boleh lalu
degil sungguh kan nak ambik risiko???

Lepas Isyak, aku, hubby & anak2 semua dah siap
ingatkan kitaorang yang lambat rupanya pi singgah rumah Cik Besah depa langsung tak bersiap lagi
konon pukul 9 nak gerak tapi delay sampai kul 10
mana idaknya, bila dah kunci rumah pastu ade lak benda tertinggal [pak mentua aku la tu]
pastu jumpa jiran2 jap borak  lagi 10-15 minit [lambat lagi]
pastu abang ipar aku  nak isi minyak pulak [lambat lagi]
dari Batang Kali kitaorang konvoi 3 biji kereta - family aku, cik besah & the gang, pastu satu family jiran aku

Actually kitaorang konvoi 7 bijik kereta
& plan asalnya kitaorang akan kumpul kat R&R Tapah
kitaorang sampai Tapah dalam kul 11.15 malam
tapi jiran aku tu pi makan la pulak [delay lagi perjalanan tu dekat setengah jam]
yang geng kengkawan abang ipar aku [4 bijik kereta tu] tak sampai2
last2 plan nak gather kat R&R Sungai Perak

Tepat kul 12 ktaorang gerak dari Tapah
Sape kata konvoi tu tak buang masa??? Aku tension tul sepanjang 4 jam pertama ni!
Benda yang boleh buat 2 jam sekarang dah jadi 4 jam...

Pukul 1 baru sampai Sg Perak
geng2 abang ipar aku pun dah sampai
[boleh berenti borak lagi.... bazir lagi sejam]
kul 2 baru gerak terus ke Gurun
[berenti borak & makan lagi... itupun dekat sejam]

Pastu baru gerak sampai exit Alor Setar Selatan
[highway bukak takat tu jer sebab banjir]
lepas bayar tol berenti lagi... tah apa depa borak aku pun tak tau
lama lak tu [siap berwalkie talkie bagai... maybe nak tau keadaan banjir kot]
masa tu dah dekat pukul 5 pagi. Pukul 5.30 baru bertolak ke Kangar ikut jalan lama
sampai setengah jalan kitaorang kena patah balik sebab jalan banjir
itupun abang ipar aku degil jugak nak cari jalan lain ke Kuala Perlis
padahal Kuala Kedah masa tu dah terlalu dekat dengan kitaorang

Lepas  discussion dengan member konvoi so akhirnya dia beralah la
kitaorang ubah plan ke Kuala Kedah
[sebenarnya dia dah booking tiket feri dari Kuala Perlis tu sebab nak jugak ikut Kuala Perlis]
tiket yang dibooking tu takleh kensel la pulak
kalau nak transfer pun kena tunggu pukul 9 pagi untuk tukar tiket
padahal feri kitaorang tu pukul 7 pg dari Kuala Perlis

Finally kul 6.45pg sampai ke Jeti Kuala Kedah
dalam keadaan hujan yang sangat lebat
dah le tu dah beratus2 orang kat jeti tu menunggu feri & kaunter tiket
[agaknya orang yang suppose ke Kuala Perlis pun semuanya lari ikut Kuala Kedah kot]
Lama kan perjalanan kitaorang??? Dekat 8 jam. [aku rasa dalam 5-6 jam patutnya dan boleh sampai]

Apa jadi kat jeti???
Nanti aku sambung..

3 comments:

ana said...

mmg jln tutup....huhu...

keen said...

aku mmg x suka konvoi.. hopefully no more konvoi after this..
buang masa + tenaga + sakit hati.. dah la lambat.. siap borak2.. isap rokok.. haihhhh mmg darah aku panasssss je.. spoil mood..

SYANI said...

Aku pun anti-konvoi. Tapi nak buat camno... laki den merengek suh ikut gak!