Friday, November 26, 2010

Putu Bambu World

2-3 hari lepas, dah takde tempat untuk dituju untuk lunch, sekali lagi memulakan langkah 10,000 sehari. Destinasi ke gerai kuih simpang 3. Sape tak tau pi la selak entry lepas. Aku malas nak review. Memandangkan masing2 malas nak makan makanan berat, so kitaorang pi beli kuih muih je le.

Dari opis kena lintas jalan besar, so tergedik2 la kitaorang berempat merentas jalan pastu lalu ditepi2 rumah orang. Masa ni baru la boleh intai2 rumah orang yang besar2 tu. Kalau naik kereta mana sempat nak tinjau2 design la, garden la, deco la. Rumah orang2 kat Wangsa Melawati ni boleh tahan jugak besaunya. Kalau compare dengan rumah aku tersangatlah berganda2 difference itu!

Gerai yang tepi sekali adalah gerai Putu Bambu World. Aku dah lama mengidam nak beli putu ni. Putu bambu ni memang feveret aku sejak belajo di UUM di. [Tetiba teringat putu bambu Pasar Malam Changlun]. Kengkadang asal kitaorang menyinggah ke simpang tu gerai putu ni asyik tutup je. So kali ni ade rezeki aku nak makan putu yang deme kata sedap tu. Kalau ikutkan memang banyak orang jual putu bambu ni tapi nak cari yang betul2 sedap memang payah kan??? [Sampai sekarang aku dah tak jumpa putu bambu yang merveles cam yang ade kat Changlun tu]

 Satu kotak ni ade 5 biji. Harga RM2.50

 Siap ade sudu lagi tau. Jangan terkejut semua putu bambu yang dijual semuanya kaler hijau. Kalau cari yang putih sampai sudah memang takde.

 Close up gula merah dalam putu bambu tu. Pergh.. memang sedap putu ni tau. Rugi sape tak try makan. Kalau korang pi time balik kerja memang dah tutup le gerai ni. Katanya sepanjang bulan pose laris gile putu ni. Selalunya sold out. Kalau korang nak beli better beli time2 lunch.

Udah shopping kuih, jom kita balik opis. Sambil2 jalan, jeling2 la rumah2 yang lawo2 kat sepanjang jalan tu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...