Wednesday, November 24, 2010

Jom Subway!

Sementelaah dah menjadi duta tak rasmi Wangsa Walk, so harus la menyinggah segala kedai yang ada dalam tu. Sebagai nak melengkapkan 10,000 langkah sehari, kitaorang akan sentiasa berjalan ke sana ke sini  [selagi larat la kan].


Minggu lepas masa ke Wangsa Walk tanpa hala tujuan, kitaorang beli lunch kat SUBWAY. Ini first time makan menatang ni. Selama ni pernah dengar tapi tak pernah tengok konsep &  rupa kedainya. Ajaran sesat Puan Juwita dah masuk kejiwa kitaorang, so singgah le ke sini. Dulu masa lalu kat sini cam takut nak singgah kedai ni sebab takut mahal & nampak sangat ketinggalan zaman [maklum le masing2 tak reti kekdah nak oder].


Akibat pengaruh K. Juwita ni, kitaorang singgah jugak ke Subway. Specialty kat sini adalah sandwich. Macam2 jenis ade so korang pilih je la.  Mula dari roti, pastu isi perut dia, pastu sosnya. Kaorang nak yang panjang sekaki pun ade yang setengah kaki pun boleh. Kalau nak murah tengok je le poster sandwish of the day tu. Ikut korang la, kalau korang datang hari Rabu, tengok la sandwich hari Rabu punya. Dapat la harga murah sikit. Tapi kalau nak oder sandwish lain pun gasak koranglah. Korang punya duit, korang punya perut, korang punya mulut, korang punya sukalah!


Memandangkan kitaorang datang hari Isnin, kitaorang pilih la menu yang Monday tu 
[nak murah punya pasal]

 Memula korang kena pilih roti apa korang nak. Yang kitaorang makan ni Parmesan Bread. Pas pilih roti intinya akan diletak. [Ikut le jenis sandwish mana yang korang pilih kat menu tadi.]


 Pastu pilih la sayur mayur yang bemacam2 aneka ni. Nak bubuh semua jenis pun boleh, tak nak bubuh langsung pun boleh. Hak pengguna kan..


 Pas buh sayur, pilih la sos, mayonis dll.


Tada... sudah siap!!! Sedia untuk wrapping pulak.

 Sebelah kaunter bayaran tu ade la pulak biskut.. Kalau nak beli kena la tambah duit..


 Oh My B.M.T ---> baunya dah sangat2 menyelerakan...tak sabar nak makan.


 Ni rupa isi perutnya.. yummy!!!

Ni rupa sebenar sandwich, baru keluar plastik


Alhamdulillah.. dah habis.. dah kenyang..Licin aku makan tanpa sebarang sisa. Kalau pelestik wrapping ni boleh makan sure dah licin aku bantai.. heheheh.. Beli yang setengah kaki, kenyang sampai malam..





3 comments:

Ena said...

salam..

kalo habis sampai licin tu maknanya sedap la yeh!.. heheh..

Tak pernah cuba lagi setakat ni.. huhu

SYANI said...

Betul.. serius sedap! Cuba jangan tak cuba. At least berkhasiat la dari makanan segera yang lain2 tu.

Me said...

kalau beli yg sekaki harus kenyang 2 hari 2 malam... jimat byk tue.. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...