Friday, November 12, 2010

Langkawi Part 9: Shopping | Idaman Suri

Hari tu dah ke HIG, kali ni ke Idaman Suri la pulak. Tak sah kalau dua2 tempat ni tak pegi tau kalau ke Langkawi. Tapi Idaman Suri ni bukannya kat tengah pekan Kuah macam HIG tu. Lokasi dia jauh sikit la. La ni dah ada jalan baru ke situ. Ala2 highway. Dari chalet aku duduk tu dekat la jugak dalam 2 km.

Kitaorang pegi Idaman Suri hari ke-3. Hari last berada di Langkawi. Memula geng2 lain tak nak pegi sebab malam sebelum tu depa dah shopping habis2an kat HIG. [Abang ipar aku yang bawak lak tu]. Aku dah beria berkempen kat laki aku nak pegi jugak ke Idaman Suri. Orang lain nak folo atau tidak terpulang la kan.

Akhirnya tah cemana, depa kensel plan asal nak ke kereta kabel pagi tu, pastu folo aku ke Idaman Suri. Rupanya selama ni depa tak tahu pun apa itu Idaman Suri. Nampaknya aku la yang terlebih prihatin tempat2 shopping kat Langkawi ni. Itu pun semuanya member2 opis aku dok cerita macam2. Tu yang harus pi terjah & lihat sendiri.

Sampai kat Idaman Suri, tu dia... ramai dah orang kat sana. Tapi tak le seramai orang kat HIG tempohari. Parking semua dah full so kitaorang parking jauh sikit la dari bangunan Idaman Suri tu.


Bangunan kaler kuning 3 tingkat tau.. Kalah Billion kat rumah mak aku!


Ni kat pintu masuk. Tengah tunggu hasben aku sampai dari parking kereta. Skodeng jap cemana rupa dalaman Idaman Suri tu.


Heaven for pinggan mangkuk lovers! Sorry ,aku belum tergolong dalam kategori ini. Pinggan mangkuk orang bagi hadiah kawin aku dulu pun tak habis pakai lagi. Tapi compare dengan HIG, lagi cozy shopping kat sini. Lapang je kawasannya. Pilihan punya banyak, murah-murah & cantik2.




Salah satu tea set yang dijual kat sana. Santek!!!


Cik Besah dah naik sawan tengok banyak pinggan mangkuk. Tak tentu hala dia sebab banyak yang dia berkenan. Kalau tak sebab dah shopping hari sebelum tu, harus dia beli banyak barang kat sini. Budak2 lain pun sama problem dengan cik Besah. Dah out of bajet sebab dah all out shopping kat HIG.

Set pisau ni je yang aku beli kat sini. Paling murah yang pernah aku jumpa. So rembat la satu set. [Cik Besah geram tengok aku ambil set ni, dia pun beli jugak!]

Coklat pun ada kat sini tapi tak sebanayk kat HIG atau kedai Duty Free yang lain. Kalau nak beli coklat takyah la beli kat sini. Harga pun lebih kurang je dengan kedai2 lain.

Bahagian yang paling aku soka.... Cadar........ Tapi malangnya, bajet aku tak cukup nak beli comforter bunga tulip ni. Tangkap gambar dulu la.. Nanti kalau mai Langkawi lagi boleh terus terjah Idaman Suri, borong cadar & komfoter.


Tadi anak jadi duta, now mak dia pun nak enteprem sama.. Aku dah berkenan kat cadar hijau tu wei!!!! Terbayang2 la sampai balik. 


** Cadar murah la kat sini. King size dengan 4 sarung bantal, 100% cotton baru RM59. 

** Beg pramugari idaman takde pilihan la kat sini. Tak banyak choice. Rugi tak beli kat HIG hari tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...