Tuesday, November 16, 2010

Terpaksa berkreatif lagi

Daya kreatif aku ni kengkadang tak boleh dibendung lagi. Hari tu selipar yang aku selalu pakai kat opis dah tercabut. Maklumlah selipar "mahal" yang berharga 290 baht (RM2.90) tu memang la selalu jadi cenggitu kan.. Sesuai la dengan harganya. Aku ni kalau takat selipar pakai ke jamban nak buat pe beli mahal2 ye dak? Kalau dah putus ke koyak ke, humban je le dalam tong sampah.

Tapi disebabkan dah desperate nau takde selipar [malas la nak pakai kasut tumit beria... lagipun keje aku ni memerlukan aku sentiasa bergerak turun naik tangga], terpaksa la aku berkreatif untuk mempertahankan selipar tu.


Lubang selipar tu dah terkoyak, so senang la tercabut. Disebabkan koyakan yang besar tu, lubang sudah loose so kena la fikir cemana nak sengkang lubang tu supaya tak luas sangat.

Tetiba dapat idea... TING! TING! TING! [mentol sudah menyala atas kepala]. Ini la yang aku buat.. hasilnya....




Pakai paperclip pun jadi la.. janji ko tak tercabut, sementara nak beli selipar baru [yang pastinya sampai sekarang aku terlupa nak beli... dah dekat seminggu wei!!!]

2 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku pakai selipar jamban time drive :p

fikaryna said...

dear..jgn tercocok sudah..balik ni p beli baru..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...