Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 19, 2010

Bila Perut Makin Menyerlah

Malam raya hari tu jiran depan rumah Cik Besah (bekas babysitter Yaya) singgah ke rumah Cik Besah. Dia balik ke Batang Kali jarang2 je sebab la ni dia kerja di Bangi. So dia menyewa kat sana. Rumah di Batang Kali ni anak sulung dia yang jaga. Tapi tahu je la kalau orang bujang yang tunggu rumah, kemasnya pun tara mana sangat kan. So kakak ni (kitaorang panggil K.Mas) balik Batang Kali purposenya nak mengemas rumah yang dah lama dia tinggalkan tu la kononnya.



Elok je dia sampai, terus dia singgah ke port kitaorang. (Lorong belakang rumah Cik Besah tu la). So rancak la kitaorang bersembang. Banyak la hal ehwal jiran tetangga semua diupdate oleh Cik Besah pada K. Mas. Sehingga la keluar cerita yang jiran sebelah rumah Cik Besah (Dila) tu dah mengandung 3 bulan. Aku lak masa tu tengah duduk menyandar kat kerusi. Tetiba Kak Mas tu tanya aku

"Kamu pun mengandung jugak ke??"

"Saya??? Eh, mana ada... belum lagi" [tau la aku gemuk dah le ni...perli la tu]

Pehtu aku tanya Kak Mas, " Saya ni nampak cam mengandung ke?? Perut saya ni ha dah terlebih buncit la"

Kak Mas pun jawab " tu la pasal aku tanya, dulu perut kamu tu tak nampak sangat"

Pas tu aku pun keluar la statement penyedap " Ye la K.Mas, dah berapa bulan K.Mas tak jumpa saya kan. Dulu kurus la ni dah gemuk la"...[terpaksa mengaku diri sendiri dah gemuk]

Pas balik rumah, terus naik atas gi cari girdle yang dah berapa lama aku tak pakai...
Wa!!!!!!






3 comments:

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

hehehe....ngndong gak ni...baby cacing kate Afiq

fikaryna said...

hehe..tahan telinga je ler..

Queen said...

ahaha..cam tula nik masa pakai baju raya masa raya puasa lepas...tahan perut dgn napas je..ahhahahaha

sekarang dgn rileks je pakai..walaupun boncit..at least ada isi yang cuma 7 mm..hihihiih