Thursday, November 11, 2010

Langkawi Part 6 : Underwater World Langkawi

Lepas makan2 kat Perdana Quay, next stop ialah Underwater World Langkawi (UWL). Memula cam tak rasa nak pegi sebab tiket mahal & orang ramai cerita tak best sangat. Tapi bila pikir2 balik, daripada dengar orang dok asyik cerita baik la masuk sendiri kan. Lain kali orang tak leh le nak cong kan?? kan??

UWL ni senang je lokasinya. Kalau hangpa pi Pantai Cenang, bangunannya dekat2 situ la. Terselit dicelah2 deretan chalet & motel tepi laut. Bangunan yang pelik sikit tu [cam tangki air] tu la dia.
Kitaorang sampai sana dalam kul 4 petang. So lepas parking bergegas la masuk.


Kena beli tiket dulu. Mahal giler wei. Untuk kami 4 beranak je kena RM92. Itupun lepas dapat diskaun warganegara Malaysia. Kalau kitaorang warganegara Afrika dah tentu2 kena RM132. Ye la kan, dewasa RM38 [after diskaun RM28], kanak2  RM28 [after diskaun RM18]. Kalau tak berbaloi memang tak patut kitaorang bayar mahal2.


Memula masuk terus nampak akuarium besar. Penuh dengan ikan yang besar2 gak. Tepi sebelah lagi ada kotak kaca untuk iguana & cicak hutan. Besar2 jugak tau.


 ikan keli bapak besar....


 yang ni lak ikan buaya




penguin takde lak berenang2 dalam tank tu. Dah penguin takde kami posing la anak beranak




Penguin duk bercanda kat darat rupanya. Patut la tak masuk kolam..


Lepas tengok penguin tu, lalu lak kolam jerung. Ni semua tak le besar sangat. Maybe anak2 dia kot. Kalau dah dewasa tak tahu la besar mana pulak.
 Gerun jugak tenguk dia stare..


 Rupanya ade banyak lagi kt bawah tu.. Macam sedia nak berperang jer..


 Ni kat tangki yang besar jugak. Ikan2 lalu lintas atas kepala oo.. Dia punya konsep cam kapal karam la..


 Ni tak tau la ikan apa.. tak terpikir lak nak snap gambar identiti ikan tu..


 Dah penat jalan, duk la kejap.
Surf board ni dia buat tempat duduk... kreatif!




 Ikan pari ni pun besar wei...


 Ni pulak kat kolam ikan koi..


 Ni kat akuarium yang cantik2. Boleh buat wallpaper ni..






Kalau ikutkan banyak lagi gambar tapi takkan semuanya nak letak sini kan. Lagipun aku tangkap gambar guna kamera henpon je. Maklum la takde DSLR, so jangan harap la gambar berkualiti tahap dewa kan. Ini pun sampai habis bateri tepon dok tangkap gambar.

So far, ok la trip ke UWL ni. Cuma tang harga tiket tu yang tak tahan sikit. Maklum le kos nak membela ikan2 & binatang tu semua bukan murah kan?? [Ayat menyedapkan hati sendiri...].  




3 comments:

pena said...

pena smpai dpan pintu besar je..

xsempat nk masuk sebb dh nak tutup..

hehe..

iela said...

Tak pernah lagi pergi Langkawi.. huhu..

Queen said...

yang gambar pari tu..tgn anak akak macam tgh pegang pari tu..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...