Thursday, November 11, 2010

Langkawi Part 7 : Oriental Village | Day 1

Adoyai.. berapa siri ye nak buat entry berjela pasal trip ke Langkawi. Ade yang dah bohsan ke?? Ade aku kesah korang nak bosan ke idak?? Heheheh

Masa kat Langkawi hari tu, 2 hari berturut2 pegi ke Oriental Village (OV). Hari pertama hanya family aku je yang pegi sebab beria2 nak naik kereta kabel. Esoknya pegi lagi sebab ade pulak antara ahli konvoi yang nak naik kereta kabel tu. Terpengaruh dengan cerita kitaorang le tu..

Hari pertama memang tak jalan sangat kat OV tu. Masuk2 je terus terjah cable car. Yang lain tolak tepi. Fokus pada tujuan asal.. Kitaorang parking kat Parking B. Last time aku datang Parking B ni tak wujud lagi. So maybe ni parking baru buat kot. Parking B ni masuk ikut pintu belakang le kekdahnya.Tapi nak masuk OV ikut sini korang kena naik titi gantung.


Berayun2 jugak la masa naik titi ni. Tapi sungai kat bawah tu tak dalam pun. Lagipun jernih je airnya..


 Masuk ke entrance, terus disambut dengan ular sawa ni. Bapak besar. Aku tak bergambar pun dengan ular tu. Nak bergambar pun geli inikan pulak nak pegang...


 Jalan depan sikit ade la motosikal dengan beca pameran. Sempat lagi hasben & Adib bergambar. Kena cepat sebab nak beratur kat cable car..


 Sementara menunggu barisan tu anak2 aku layan je la nengok ikan dalam kolam tu. Memang banyak ikan2 dalam tu. Leka la budak2 berdua ni sampai aku suruh toleh muka nak tangkap gambar pun tak mau.


Lepas turun cable car, abah belanja makan eskrem... Untuk skoop besar ni harganya RM1.50. Puas hati jalan2 sambil jilat ekrem. Kalau tak habis campak dalam kolam. Ikan berebut2 makan.. Hehehehe. Bukannya takde kesedaran sivik, tapi kan tak elok membazir....Dari buang dalam tong sampah baik bagi ikan makan kan?? kan??





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...