Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 31, 2010

Accident dan merdeka

Salam merdeka & selamat bercuti untuk semua. Entry terakhir aku di bulan 8.

Hari ni awal bangun sahur. Konon2 nak pose hari ni.. [semalam dah mandi wajib tau!!!] Setelah 11 hari terpaksa direhatkan dari berpose [banyak tul nak ganti nanti]., berkobar2 la nak bersahur beria. Tapi takde la makan apa pun. Cuma makan kurma dengan minum quaker oat jer..
Lepas siap sahur & nak basuh pinggan tah cemana aku teraccident dengan mangkuk kaca. Melejeh2 darah penuh singki sebab kaca terkena jari aku. Kalau kena kulit tak pe la jugak, ni terluka baik punya kat urat besar kat jari tu. Maunya tak banyak darah. Sementara nak lari ambik minyak afiat [wajib ade kat rumah ubat ni], darah menitik2 atas lantai. 
Dah tuang minyak pun darah tak berenti gak. Buh plaster pun tak leh nak tampung luka sebab darah tak berenti. Cuak gile aku.. [cik abe lak khusyuk hisap rokok kat luar sampai tak sedar bini dia dah cedera]. Lepas panggil dia banyak kali baru la kocoh2 nak tolong. Pastu gi ambik first aid kit [sib baik kapas bandage tu ade lagi], balut tangan aku baru la darah tak kuar lagi..

Bila hari dah cerah, aktiviti utama nak buat - basuh night curtain sliding door. [dah 2 tahun wei tak basuh]. Jenuh gak nak menanggalkan langsir tu. Dah le besar langsir tu. Sib baik tak berat [aku beli kain jacquard yang morah je...]. Memula ingat nak basuh one by one tapi bila tengok mesin aku muat lagi nak sumbat, aku sumbat la dua2 helai tu. Senang citer masuk mesin jer.. tak yah susah2 hantar dobi.

 -sebelum-
dah naik beram langsir aku sib baik la kaler cekelat tak le perasan sangat.

-selepas-
lapang lak rumah tanpa night curtain.Merdeka akhirnya sebab berjaya basuh langsir tu.
Day curtain tu tah bila pulak nak basuh ni... gambo gelap sebab  tak bukak flash.. 

Pastu tengah hari time nak semayang zohor, cam biasa mesti la singgah toilet kan?? Alamak!!!! Nampaknya kena genti pose lagi lor.... [dah 12 hari mau ganti la pulak!!!] Tak merdeka lagi aku rupanya bab ni.. Korang kena ganti berapa hari ek????

6 comments:

Me said...

eden kena awal puasa (4 hari) tapi eden syak akhir2 puasa akn kena lagi:(

JUE said...

12 hari??? lamanye...ada amik perancang ke? hehehe...

Queen said...

7...as always...sebab hari2 tension..heee

SYANI said...

Queen,
Kalau bukan bulan pose, seminggu tu memang biasa la, Time bulan pose la pulak dia main cak2.

SYANI said...

Jue,
Dah lama tinggalkan pil perancang. Kalau still makan lagi rasanya akan consume selama sebulan non stop. Tak period & tak yah susah2 nak ganti..

SYANI said...

Kerul,
Dulu aku pun pernah kena awal & akhir...