Thursday, August 26, 2010

Tak Bestnya Keje Kat KL

KL oh KL... kota metropolitan yang aku langsung tak terlintas akan bekerja di sana. Siyesly, masa lepas grad hari tu tempat yang paling aku tak nak mintak keje ialah KL, Sabah & Sarawak. Member2 aku ramai yang berhijrah ke KL sebab nak cari keje. Tapi aku tak terjebak....memang peluang keje banyak tapi aku tak minat langsung nak keje kat situ.

Tapi nak buat cemana. Dah memang tertulis aku akan bekerja jugak di KL. Hambik kau!!! Masuk tahun ni dah 5 tahun aku keje kat KL. Walaupun aku tak terdampar di tengah2 KL tapi Wangsa Maju still dalam daerah KL ma...  Tapi tak best la keje KL ni sebab utamanya [selain nak mengadap jem hari2] , cuti sikit!!!! Negeri lain banyak cuti wo, tapi KL la yang paling sikit cuti rasanya. Esok Nuzul Quran pun KL tak cuti... tak bestnya!!! Ni yang buatkan aku nak cari keje kat Selangor je... Makcik Rehan tempat hang ade kosong tak???



** Lagi satu berita tak best untuk aku hari ni, kakitangan kerajaan dapat bonus raya RM500 sorang.. Dengkinya!!!! Bos aku tak nak bagi duit raya ke tahun ni???? Susahnya kalau dapat bos kedekut kan???

1 comment:

icham said...

bukan ke dapat naik gaji dah???backdated lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...