Saturday, August 21, 2010

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Eceh..macam lagu raya lak entry aku malam ni. Malam?? Yep malam ni aku taip entry ni. Di kala budak2 memekak kat luar main mercun. Tension tau!!! Kejap-kejap dam!!! pastu dum!!! pas tu kebaboommm!!!
Aku yang kat rumah ni berapa kali terkejut. Macam kena bom Israel jer...


Hari tak hujan lak tu makin berleluasa la budak2 main mercun. Kalau hujan tu sunyi sepi sikit. Rumah aku dah le depan padang. Lepas buka pose tu  start la budak2 tu berkumpul kat padang. Orang lain sibuk nak pi surau semayang terawih, budak2 tu pulak sibuk nak main mercun. Lagi satu budak2 kat sini jenis tak reti bahasa. Time orang bersahur pun dah start main mercun. Mak pak depa tak marah ke ha????

Heran tul dengan mak pak depa ni. Biar je anak2 buat bising memekak malam2. Silap2 tok imam semayang terawih pun boleh terkejut dengar bunyi mercun yang kaut giler tu. Bukan tak kenal mak pak budak2 tu.. memang jenis sambil lewa. Tak ambil berat pun apa anak2 tu buat. Esok2 kalau anak tu dah terputus jari tangan kaki, hilang ke, lemas ke [main dalam longkang] baru nak menyesal... Dah tara guna la kalau menyesal kemudian kan??? 

** Tapi sampai hari ni takde pulak aku dengar ade yang cedera kena mercun kat area rumah aku ni.. Kebal ke budak2 Batang Kali ni???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...