Tuesday, August 10, 2010

Setelah 3 tahun..

Kemas2 dapur hari tu, tetiba terbuka la plastik yang membungkus water purifier cap DELCOL ni. Bukan aku beli pun tapi member aku yang bagi masa aku kahwin dulu. Ekceli usianya dah 6 tahun dah pun. Masa memula duk rumah sendiri, segala kelengkapan yang dapat nak dipakai. Tapi sejak pindah dari rumah sewa yang pertama tu aku dah tak pakai dah.

Masa sewa rumah pertama agak lama, dalam 3 tahun. Pastu ade orang beli rumah tu & nak duduk situ. Nak tak nak terpaksa aku pindah dari situ dengan perut yang membusung mengandungkan si Adib (tunggu time nak beranak je). Pindah ke second house pun untuk sementara sebab rumah sendiri belum siap renovate lagi. So menyewa la kat rumah lain selama 6 bulan. Masa tu banyak barang yang dah packing dari rumah pertama aku tak keluarkan pun sebab nanti nak pindah lagi kan. 

Bila dah pindah rumah sekarang lak, water purifier ni tak guna jugak sebab balang penapis  tu dah berlumut. So geli la pulak nak guna. 

Nak tak nak kena la simpan dulu sementara nak beli penapis yang baru. Bila dah simpan lama so jadi lupa la. Sampai la satu hari tu aku meronda Giant Batu Caves aku terjumpa kedai barangan Delcol ni. So dah beli la penapis baru. Tapi masa mula2 pakai tu air yang turun hitam keruh ..macam air limbah. Dah cuak dah aku. Rosak ke? Salah pasang ke??  [Dah terbayang dah duit aku yang "terbang" tu kalau mende tu takleh pakai].

Tapis sampai 3 kali ko, baru le air jernih. So sekarang sudah boleh guna. Hanak2 pun main tadah je minum air tu.. So far ok je la... Nak beli water filter yang beribu2 lemon tu jauh panggang dari api la. Guna je la yang ni dulu..

-punya la lama simpan, sampai kepala paip yang putih pun sudah jadi kuning.-

1 comment:

Queen said...

dulu pakai..tapi asyik masuk semut je..ayah bukak terus..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...