Monday, August 23, 2010

Kemaruk Nak Menghabiskan Duit

Tak pernah-pernah dibuat kitaorang (korang aku tak tau la), beria2 nak bershopping raya. Walaupun raya lambat lagi, tapi memandangkan laki aku baru gaji, baik la kitaorang menghabiskan duit tu..keh..keh..keh.. [bukannya nak menyimpan, menghabiskan lagi ada]. 

Actually plan asal  nak shopping kat ipoh je minggu lepas tapi tau sajalah bila bawak budak2 ni susah nak memilih. Bila kita pilih depa tak berkenan [kecik2 dah pandai memilih!]. Last2 dapat beli sorang 2 pasang je masa kat Ipoh tu. Dah le tu kalau lama sikit dah mengajak balik. Sib baik la shopping complex depan rumah mak aku je. 

Hari tu kitaorang pi la JJ Wangsa Maju. Katanya ada sale so kitaorang main redah je la. Adik aku kata nak ikut so angkut la dia dari Jalan Semarak tu. Subuh sepi'e dah bertolak dari rumah.Orang duk jauh kena la bertolak awal kan...  Anak2 hantar rumah Cik Besah & babysitter. Cakap kat depa kitaorang keje.. [menipu di bulan pose... keji kan???].

Sebab nak menampakkan kitaorang gi keje kena la kuar rumah pun macam time nak pi keje jugak. Sampai JJ kul 9 pg camtu. Gila awal korang!!! JJ pun tak bukak lagi. Kalau tak bulan pose boleh le gi lepak2 kedai mamak makan breakfast kan??? Tapi sebab berpose sabar je la...Kitaorang dah le parking kat tingkat 3. Langsung takde keta. Cuma ade la mat2 bangla tukang sapu lalu lalang kat situ. Jenuh jugak le menunggu sampai kul 10.
-punya banyak parking kosong... tak yah susah-susah nak berebut-

Bila JJ dah buka, pakat serbu la kitaorang. Ingatkan kitaorang yang terawal, ada lagi yang awal rupanya. Tapi syok jugak jadi antara yang terawal ni sebab orang tak ramai. Senang nak pi kirai baju anak2. Tujuan utama pun nak beli baju hanak2 je.. Baju kitaorang takde pun takpe... Kenkonon nak pi cari henbeg, tapi kalau bawak hasben pi ladies dept paham2 je la...Asyik nak cepat je.. hilang mood akak!. Tak pe la.. henbeg tu tak le penting pun. Next time la aku beli. Nak ajak tour Wangsa Walk pun tak sempat... sabo je la...

1 comment:

Aini said...

haha memang tak besh shopping ngan orang laki.. Nak cepat jek keje. Mane la puas kite nak belek2 barang kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...