Friday, August 20, 2010

Aku Demam

Ni entry tertunda untuk semalam yang di publish hari ini... Heheheh

Semalam adik bongsu aku tepon. Katanya mintak tolong aku bawak dia pi klinik sebab badan dia naik gatal-gatal. Dia dah pi klinik UTM dah tapi ubat doktor tu tak berkesan le kekdahnya. Itu sebab dia mintak aku bawak dia pi klinik lain.

Memula segar bugar aku gi ambik dia bawak pi klinik. Klinik mana pun aku main redah je sebab aku mana la tau klinik apa yang bagus kat KL ni. Klinik panel opis aku ade la. So aku bawak dia kat panel klinik yang aku sendiri pun tak pernah pegi lagi. Aku kalau klinik panel asyik gi Klinik Suhaimi je. Dekat dengan opis... jalan kaki pun boleh. 

Sampai kat Klinik, orang pun takde, so memang cepat le prosesnya. Masuk2 doktor pun kira friendly, so dia cek adik aku katanya maybe adik aku alergik atau ade pijat ka katil dia [budak hostel memang lagu tu kan??]. Nak tak nak kena la cucuk kat bontot 2 das.. Kah..kah..kah.. Baru lega kata dia, takde la dia menggaru macam tak mandi seminggu..

Lepas hantar dia balik, pi singgah Giant Batu Caves sebab nak beli stok bahan mentah. Senang nak buat masak sahur @ bukak pose.. [masak sangat la kunun...]. Masa kat Giant ni aku dah terbersin2 dah. Ingatkan biasa je le.. habuk2 di jalanan kan... Lepas shopping, terus gerak balik Batang Kali. Badan aku dah seram sejuk dah. Bukan sebab nak lalu Ulu Yam yang berantu tu, [bulan pose mana ade hantu kan??] tapi rasa macam nak demam. Ah sudah!! tadi elok sekarang sudah demam???? 

Sampai rumah, terus landing sampai Isya pun sib baik tak terbabas. Terjaga dalam kul 2-3 pagi terusa bangun  semayang pastu makan ubat selsema yang belen laki aku punya. Punya la mengantuk bila bangun sahur. Kepala bukan main berat lagi. Nak kena gi klinik la mintak MC... Yiihaa....... Eden dapat MC sehari.. boleh rest!!!!
** Tak suke selsema bulan pose, susah nak korek hidung...kan???...kan??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...