Thursday, August 19, 2010

Simpan Duit Nak Pegi Haji

Semalam lepas le punch out, pecut kereta sekali lagi sebab nak pegi singgah Tabung Haji. Tabung Haji yang terdekat dengan aku dekat KL la tapi nak mengharung jem tu yang tak nak tu. Walaupun dekat, kalau dah main dengan sesak ni sure tak sempat punya. So aku plan nak singgah kat Selayang. Bawa kereta laju gile sebab takut tak sempat. Dah le TH tutup kul 4.30.

Sebenarnya malam sebelum tu aku mengemas almari yang kat dining hall aku tu. Tertengok la buku akaun Tabung Haji tu. Dah ade banyak duit tapi tak terbank-in. So ku fikir kalau sempat aku menyinggah le ke TH untuk simpan duit2 tu semua (bunyi macam banyak ye...). Tapi aku bukannya nak gi simpan duit aku untuk pi haji pun. [Duit dalam akaun TH aku dah lama aku tarah masa nak renovate rumah dulu..ngeh..ngeh...]. Aku pi simpan duit anak2 aku. Tu semua duit opah & atuk depa bagi dulu. Punya berzaman baru teringat nak bank-in.

Alhamdulillah sempat jugak aku memecut ke Selayang. Tinggal lagi 5 minit sebelum tutup.. [patutnya aku boleh sampai awal lagi tapi sebab ade beberapa kereta bongok yang bawak slow tapi duduk lane laju... Bengang tak???] Kiranya aku jadi kastemer last semalam. Dah le tu, terkocoh2 nak isi borang sampai tersilap menulis amaun. Nasib baik la pak guard dengan kakak kaunter tu baik hati menunggu aku isi borang..

Balik dari TH pecut gi Petronas Sg Tua sebab nak tunggu hubby balik keje.. [Laki aku bukan keje kat petrol pam tu tau...dia tumpang kawan dia sampai situ]. Sementara tunggu dia, aku pi solat Asar kejap. Dalam kul 5.15 tu kitaorang bertolak ke Batang Kali  [ nak pi terjah PARAM sekali].  Hari lak elok panas terik sampaikan berpeluh ketiak2 aku sepanjang berjalan kat PARAM.. [sib baik pakai Rexona.. hilang asyam2 kan??] Kat PARAM pun tak beli apa cuma aku beli kuih lompat tikam tanpa pulut [kuih som-som la tu...]. Itu pun gamble je, sedap ke tak masa berbuka baru tau. Pastu singgah beli Nasi Kukus Ayam Dara untuk kami laki bini [baru first time nak terai yang Batang Kali punya].

Alhamdulillah... berbuka dengan makanan yang lazat
-nih la rupe kuih som2 yang aku beli... tapi gambar ni pinjam Uncle Google je... tengah khusyuk buka pose takkan nak bergambar bagai ye dak??-

Nasi Kukus tu tak sempat nak snap sebab memang sepantas kilat je habisnya... memang sedap!!! 2 thumbs up da... Berbaloi dengan 5 hinggit tu...

2 comments:

kisahwanida said...

batang kali stay kat area mana?

SYANI said...

Kat Bandar Utama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...