Lama sungguh baru nak sambung... Mesti korang pun dah lupa apa dia 10 kesilapan yang pertama kan?? Sila refresh kat sini
Sambungan yang seterusnya:
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
- Setiap pagi sebelum anak-anak pergi sekolah sentiasa peluk cium mereka dan beri nasihat dan semangat kepada mereka. Apabila mereka pulang juga, peluk dan cium mereka seolah-olah kita sangat rindukan mereka.
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
- Anak2 memang tak akan rasa ibu bapa berlaku adil terhadap mereka. Itu lah sebabnya ibu bapa kena terapkan konsep adil dalam rumah. Jangan jadi ibu bapa yang berat sebelah hingga anak2 dapat lihat ketidakadilan terhadap mereka.
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
- Point penting untuk ibu bapa yer.... Jangan asyik berlumba2 nak hantar anak2 tuisyen mahal2 dan bagus sahaja. Sedangkan kelas mengaji dan fardhu ain tidak langsung dititik beratkan. Duniawi dan ukhrawi harus diseimbangkan.
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
- Buat ibu bapa yang ter....sangat busy, memang mereka akan lepaskan tanggungjawab berkenaan pelajaran anak2 pada orang lain - atuk, opah, adik beradik, maid. Ye lah bila bekerja dari pagi sampai malam, bila nak ambil tahu pasal hal ehwal pelajaran anak2. Yang mereka tahu time nak sign report card sahaja. Bila prestasi anak teruk, tahu nak marah sahaja sedangkan perkembangan pelajaran anak2 langsung tak diambil berat.
15. Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
- Biasakan dengar pepatah, "all work & no play make Jack a dull boy". Jangan paksa anak2 belajar 24 jam. Biarkan mereka berehat dan beriadah. Tapi tetapkan jadual bila mereka boleh bermain dan bila waktu mereka belajar. Pastikan mereka mengikut jadual tersebut.
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
- Kalau ibu bapa dah malas membaca, macam mana nak menggalakkan anak2 membaca. Jadi ibu bapa kena la tanamkan sifat suka membaca. Tak semestinya bacaan yang serius. Majalah mahupun komik pun boleh dijadikan bacaan. Jika anak2 minat membaca, rangsang minat mereka, belikan buku2 yang mereka suka.
17. Mengizinkan anak menjamah makanan atau minuman yang tidak halal.
- Anak2 terutama yang masih kecil tentulah belum kenal erti halal haram. Jadi adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa ambil tahu apakah yang anak2 kita makan dan minum. Especially yang hantar kat nursery atau penjaga. Makanan disekolah juga perlu kita ambil tahu kot-kot la sumbernya adalah dari sumber yang haram.
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
- Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?? Selalunya anak2 akan ikut perilaku ibu bapa. Jadi sebagai ibu bapa kita kenalah tunjuk perangai yang baik2 supaya anak2 kita pun ikut perangai yang baik. Kalau boleh tinggalkan perkara2 yang buruk supaya tidak menjadi ikutan anak2.
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
- Jangan la asyik serius je kalau bersama anak2. Tidak salah kalau bergurau senda dengan anak2 dan ahli keluarga lain kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim.
20. Terdapat jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.
- Sentiasalah berkomunikasi dengan anak2. Tanya apa aktiviti harian mereka. Jika tidak ade komunikasi bagaimana nak wujudkan suasana harmoni di rumah. Rumah yang ceria perlu ade komunikasi yang baik. Jika anak2 buat kesilapan kita kena tegur, jangan diamkan sahaja. Jika ada apa2 permintaan dari anak2 cuba tunaikan sekadar termampu. Dengar pendapat anak2 dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.
** Tangan sudah letih menaip panjang2. Balance 20 tips lagi akan disambung di entry akan datang...
No comments:
Post a Comment