Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 5, 2012

TAMAN TASIK TAIPING

Tadi baru je Kak Dee buat entry pasal Taman Tasik Taiping
Yup.. kami pegi Taiping pada tarikh yang sama rupanya
tapi langsung tak bersua kat sana [ye la kan.. mana nak cam dalam ramai2 orang tu]

Cerita versi Kak Dee boleh le tengok kat sini
Tapi aku nak cerita versi aku pulak

Lepas jenjalan le Muzium tu, kami cuma jenjalan ke Taman Tasik Taiping je
Malas nak gi jauh2 sebab malam tu kami nak ke Night Safari kononnya
Tapi jem nak mamp kat situ tau... nak pusing2 dalam tu pun mengambil masa yang lama
Aku pulak beria2 kempen kat laki aku nak pi kayuh paddle kat tasik tu
[seumur hidup tak pernah naik pun tau]

Banyak aktiviti boleh buat kat taman tasik ni
Nak naik bot boleh, nak joging boleh, nak bersampan pun boleh, nak main kat taman permainan boleh, nak cuci mata pun boleh... 
TAPI paling banyak aktiviti yang aku nampak kat situ ---> WEDDING PHOTOSHOOT... Macam2 warna baju pengantin..


Lepas pusing2 lebih kurang, akhirnya kami pun parking la kereta
pastu nak jalan2 kaki je la kat area berhampiran
Nak bawak anak2 aku main taman, jauh la pulak
Nak pi kayuh paddle tu ramai la pulak umat kat jeti tu..
HAMPA aku....
Nampak tak berapa amai orang tengah tunggu giliran tu???
[Kat belakang tu ialah Bukit Larut @ Bukit Maxwell]

Dah takde aktiviti nak buat, kami tangkap gambar je... Layan je la gambar2 yang ada. Pemandangan kat sini cantik2 tau.. 






Pokok2 yang besar & rendang di kiri kanan jalan. Gambar ni aku tangkap masa kat tempat parking. 


Sambil2 menangkap gambar tu tetiba hasben aku cakap ada anak burung jatuh dari pokok. Dan2 tu jugak anak buah aku tangkap gambar anak burung tu. Ada 2 ekor kot tapi dah mati dah.

 Yang sekor ni dah kena pijak kot.. berkecai badannya.. 

 Pasangan warga emas tengah dating....

Sambil2 menikmati keindahan alam sekitar dengan perut yang berkeroncong, sampai jugak bantuan makanan dari Pakcu Bahar & family. Alhamdulillah.... habis licin semua bekal yang dia bawa.. Masing2 pakat lapar kan...
 Makcu bawak nugget, puding, roti , apam balik, air teh ---> semua LICIN!!!!

 Keluarga Cik Besah tengah bersidai kat tepi tasik..hehehehe

Mader & doter [oh my jerawat 2 bijik kat bawah bibir tu..]

 Dah senja... jom balik hotel dulu.. Malam karang nak gi Zoo pulak...

1 comment:

gadisBunga said...

ala..sedih tgk anak burung tu....