Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 7, 2012

KAN vs KOT

Aku dah lama perasan penggunaan perkataan ni semenjak dua menjak ni
Tak tahu la korang perasan jugak ke tak


Cane nak explain ek.. 
Dulu kalau kita nak nak cakap, kita suka guna perkataan "KAN"
Contohnya:  
  " Kita dah kawan 5 tahun KAN.. tentulah saya kenal awak"
  " Saya muda lagi la mak... baru 18 tahun "KAN.."

Zaman la ni pulak remaja la especially suka guna perkataan 'KOT"
Contohnya : [kita guna contoh yang atas yer]
  " Kita dah kawan 5 tahun KOT... tentulah saya kenal awak"
  " Saya muda lagi la mak.. baru 18 tahun "KOT.."

Selalunya kalau guna KAN tu cam nak menunjukkan FAKTA
dan KOT tu guna bila kita tak sure tentang sesuatu perkara
[dalam bahasa pasar la.. kalau ikut tatabahasa memang dah salah pun penggunannya tu]

Pagi tadi dengar panggilan hangit kat HotFM pun juga pompuan tu guna perkataan KOT
" Saya isteri dia KOT...tentulah saya nak tahu" 
[aik...takkan la dia tak tahu dia isteri kepada suami dia]
patutnya dia cakap " Saya isteri dia KAN... tentulah saya nak tahu"

Macam2 hal la zaman2 moden ni kan.. tak paham aku..
[adik beradik aku pun ada gak yang terjebak dengan perkataan KOT ni.. konfius aku!]


6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

kannnnnnnnnnnnnnnnnn :)

mamyharraz said...

yelah..agak konfius bila perkataan KOT tu guna pd ayat yg tak padan.

- dieyana - said...

ha, betul tu, 'kan' utk menunjukkan penegasan atau spt ayat meminta kepastian/tanya contoh.."dia isteri awak, kan?" (ayat meminta kepastian, atau ayat tanya) ...kot tu diguna apabila tak sure dgn sesuatu..w.pun 'kot' tak de dlm kamus..hehehh

Eliss Mie said...

tak kan tak tahu kot :p hahahaha.. terjebak jugak :p

|| NaFiRaa || said...

hahahaha.. paham2.. kot tuh cam tak sure kan~ trend yang pelik2 jek skrg nih..

Bitt (double IS) said...

kann...kot kot derang pon terkonpius...kalau kita menulis boleh repair lagi kalau bercakap adehhh susah kot...hehehhee