Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 4, 2012

MOH KE TEPEN @ TAIPING

Hujung minggu baru ni satu keluarga Cik Besah sempat la pi bercuti ke Taiping.
Bukan ramai pun... 10 orang jer
Percutian ni secara mengejut je.. takde la plan beria2 pun

Asalnya abang ipar aku yang ajak jenjalan ke sana sambil singgah rumah adik FIL aku
Memandangkan family aku belum pernah lagi pegi rumah baru PakCu Bahar, so tu yang beria2 mengajak kitaorang. Sebelum ni Pakcu duk kat kuarters, la ni dah duduk rumah sendiri. Pakcu tu kejenya warden penjara.. Lupa lak, rumah Pakcu tu sekarang kat Kamunting.

Plan asal konon nak bertolak pukul 4pg [tak hagak2 kan?? cam kle Tepen tu jauh beno..] Tapi memandangkan semuanya bangun lewat [gara2 final VERSUS & SUPER SPONTAN] akhirnya kami bertolak lepas Subuh dalam pukul 6.15pg.
-Kucing Cik Besah a.k.a BOBO yang kena tinggal-

Sampai di Kamunting dalam pukul 9pg la lebih kurang. Ikut highway la.. Kalau ikut jalan lama, lagi lama la perjalanannya kot.. Untuk ke Kamunting, kami exit di Taiping (U). Lepas exit tol, berenti kejap kot2 ada yang nak buang air. 
 Camwhoring anak beranak  tetap tak tinggal..


Ni la pak mentua aku...


 Cik Besah yang serba hijau.. Tudung bling2 ko... tak kalah punya.. 

We folo.... 

Memandangkan awal lagi, mana boleh check-in hotel lagi kan, so kami terus tuju ke rumah Pakcu Bahar. Dari tol tu tak le jauh sangat.
Rumah Pakcu kat taman ni la...

Sampai kat rumah Pakcu, Pakcu & Makcu takde sebab deme gi pasar. Tinggal anak2nya je la yang melayan kami. Tak lama pastu depa pun sampai. Sembang2 lebih kurang, terus makcu pi masuk dapur nak mask. Suh kami makan stay untuk makan tengahhari. Sementara tu, sempat gak le qada tido.. Tapi tak tahan la duk dalam rumah lama2.. panas giler kat sana.

Pakcu sempat lagi bakar ikan keli kat tepi rumah. Nasib la rumah dia end lot.. Banyak la space untuk bako-bako ni..Pakcu ni adik kepada pak mentua aku..

 Terliur nengoknya.. tak sabo nak makan cicah air asam...


 SIAP!!!


Selain ikan keli bakar ni, makcu masak terung masak lemak ngan ikan masin, kobis tumis air, ayam goreng, pajeri nenas. Walopun sempoi je, tapi memang sedap tau. Nak pulak bila makan ramai2. Berselera dibuatnya.
Tukang perabis makanan.. orang lain dah habis makan dah. 
Tinggal kami je - Makcu, Aku & Cik Besah
[terpaksa buh gambo katun sebab masing2 tak tutup aurat]

 Kaum lelaki yang tersandar kekenyangan. Cik Zul siap sapu perut tu..hahahaha


 Adib & abahnya pun tersandar jugak...
[Haip!!! Bang, tak elok hisap rokok lepas makan tau]


Lepas masing2 menyendat perut, kami pun nak bertolak ke hotel. Kami duk kat Furama Hotel je. Abang ipar aku dah booking awal kat situ. Kalau nak main terjah je, memang nak hado bilik la jawapannya... Next entry aku citer pasal hotel ni.

5 comments:

|| NaFiRaa || said...

meleleh tengok ikan keli bakar.. sedapnye~

♥ ROS ♥ said...

Wah sdap ikan bakar.. :) best dpt jejalan nih :p

Qhaifa Nur said...

awalnya kuar....cepat sampainya kan..kan..

ikan bakar sedapnya...

Bulan Syurga Firdausi said...

sedap nye ikan bakar tu...comei je kucing tu buat muke heee da lame x p taiping..

Dee said...

eh..sama destinasi lah kita..dee mmg ingat nak gi kamunting..semata2 nak amik gambar depan pagar ISA tu..hahaha..tapi tak kesampaian..kehkehkeh..