Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 17, 2012

KUIH GELANG

Kome tau tak kuih gelang??? Kuih keria???
Ala... sama la tu... Aku biasanya panggil kuih gelang

Kalau nak tau hujung minggu lepas adalah first time aku buat kuih ni
Ni gara2 aku beli keledek kat Cameron hari tu tapi tak makan2
So aku rebus semuanya untuk buat kuih ni
[tak le banyak pun...]

Resepi pulak aku main ingat2 je cara arwah nenek aku buat
dicampur pulak dengan kaedah cuba jaya versi aku..hehehe
[pasrah je la dek non... kalau tak jadi tong sampah aku dah sedia menanti]

Memula masa nak uli keledek tu dengan tepung aku tak tahu nak bubuh tepung banyak mana
Main bedal je la.. buh sikit cam lembik2 susah nak bentuk 
Karang terbanyak tepung, jadi keras lak kan..
So aku tambah sikit2 tepung tu ikut suka hati aku
Dah le kuku aku yang terkopek tu menyukarkan proses menguli tu sebab nanti adunan tu terselit2 celah2 serpihan kuku tu.. Payah nak basuh ooo nanti. Nak tak nak terpaksa la aku terkial2 menguli dengan tangan kiri..
Proses seterusnya ikut je le gambarajah kat bawah ni... Jangan gelak tau!

Proses menyalut dengan gula tu pun aku main ingat2 lupa
Cubaan pertama jadi air gula sebab aku terletak banyak air
Kali kedua cuba baru jadi...heheheheh
Amacam??? Pas tak??

TAPI...... rupa belum menunjukkan rasa kan
Kena bagi masterchef aku rasa dulu...
Kalau harap anak2 aku semedangnya cakap sedap [kalau benda baru le]
Tunggu tok laki balik dulu.. kasi dia test tengok
Tapi dia makan satu je tau.. pastu terus sendawa
Pastu siap kata " tengok abang makan satu je dah kenyang"
Hampeh dot com tul la... 
Seriously dia kata rupa ada,rasa pun ada cuma keras sikit, kiranya OK la untuk cubaan pertama
[ye la kan.. aku kan letak tepung guna sukatan sendiri]

Tapi pada aku belum tahap piawai aku le
Kesimpulannya : TAK SEDAP!

3 comments:

lieyalatif said...

keh keh keh ...kelako la kak..sendiri buat sendiri kate tak sedap...tapi pada lieya dah cun dah tu....cantik jek rupenye.....op kos la sedap tu sbb anak2 suke..budak2kan tak pandai menipu heheheeheh....

yana halim said...

tak sedap belakang kira. yg penting tu tang effort nak buat. kalau akak, potong dadu, buat bubur je. :)

Kakzakie said...

Taste tinggi sangat walau sedap tu kata tak sedap... kakak tengok macam sedap aje.

Kakak dulu masa kecik panggil kuih tayar.