Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 9, 2012

CAMERON HIGHLAND 2012 - CACTUS VALLEY

Turun dari Kea Farm jam baru 11.45pg. Awal lagi kalau nak balik apartment for lunch kan. So aku ajak family aku pegi Cactus Valley. [Bukan Cactus Point tau... selalu ade je yang konfius nanti]. Sebenarnya aku pun tak ingat dah jalannya tapi seingat aku dekat je dengan area pasar malam Brinchang tu. Aku ajak hasben round satu kali lagi kat area tu. Nak2 pulak la ni kat area pasar malam tu semua dah buat jalan one way je so nak tak nak kena tawaf la dulu.

Tawaf pertama, tak jumpa simpang lagi. Tawaf lagi kali kedua pun tak jumpa gak jalan masuk walopun landmark Cactus yang besar tu dah nampak dari jauh.
-Kawasannya kat atas bukit so kalau dah ternampak cactus besar tu, betul la tu-


Aku siap pesan kat adik aku yang bawak kereta satu lagi, kita tawaf sekali lagi, kalau tak jumpa lagi jalannya, kita terus turun ke Tanah Rata. So kami pun tawaf sekali lagi. Rupanya nak masuk ke situ memang kena lalu satu jalan yang agak sempit.  Takde pulak signboard CACTUS VALLEY, cuma ada signboard TAMAN AGRO TOURISM. So folo je la signboard tu kot2 la Cactus Valley dah tukar nama kan... Rupanya Cactus Valley tu wujud lagi cuma dah extend ke belakang sebab bahagian belakang tu la Taman Agro Tourism tu.
Last time aku datang kereta memang takleh masuk ikut pintu gerbang tu. Sekarang dah ada banyak parking dalam tu. Cuma jalan je sempit. Masa kitaorang nak masuk, ada kereta yang nak keluar, so jadi jem la pulak kat situ. Hasben aku dah angin2 dah masa tu. Tapi lantak la kan.. dah sampai dah pun takkan nak patah balik.. [Biar hasben aku cool sendiri la..hehehehe].

Dulu rasanya nak masuk sini pun kena bayar. Tapi sekarang dah FREE dah.. Ok la tu kan.. Jimat duit. Kitaorang parking kat Taman Agro Tourism tu. Tapi tak pergi situ dulu. Kami turun ke area Cactus Valley tu dulu. Bukan ada apa pun tapi saje jenjalan sambil tangkap gambar.. [banyak gambo nak letak nih]







 Last sekali enjoy makan eskrem stroberi...


Pas tu kami jenjalan kat Agro Tourism Park tu tapi takde la banyak gambo.. Nanti aku citer lagi..Bai!


** Abah aku tak ikut sebab dia tak sihat. Dia rest kat apartment jer...

5 comments:

.:fyzz:. said...

cantiknya view kt cactum farm nih..mmg best dpt pi CH..

.:fyzz:. said...

cactum lak..cactus..cactum tuh nestume hehe..

gadisBunga said...

eskrem tu sedap kan??

sissyira said...

salam


sukanya kalau dpt pergi sini...

♥ ROS ♥ said...

cute2 cactus ni.. ros ari tuh rancg na pergi cameron tp kecian kat en.hubby lak :P