Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 16, 2012

ANNOYING SUNGGUH

Dari malam aku dapat call dari sorang pompuan. Katanya dia dari card centre. Aku dah terlupa dah nama dia. Ni no tepon orang tu 016-3364084 [Aku siap save lagi no tu sebab aku tak nak jawab call dia].

Memula tu ingatkan pasal apa, rupanya nak promote kad apa tah
Memula dia tanya aku pasal credit card aku tapi aku tak reveal pun no CC aku
Yang sempat dia tanya bila aku punya expiry date je [ itu pun aku main agak2 je]
Bila dia tanya no CC aku, aku cakap la wallet aku kat bilik [sebab masa tu aku kat tempat lain].
Pastu bila fikir balik, patutnya kalau dia dari bank for sure dia dah tahu semua details tu kan???

Katanya aku dapat satu kad diskaun la, FREE seumur hidup
Boleh dapat diskaun shopping la, pegi holiday le, pegi umrah le
Yang tak menahan tu siap guna nama Ustazah Semanis Kurma tu lagik
Promote punya promote rupanya benda alah tu nak kena bayar juga 
RM499 sekali je masa mula2...
Pergh.... dekat RM500 tu.... lepas duit road tax insuran kereta aku tahun ni...
Tapi katanya lagi pastu dia akan bagi voucher yang berjumlah RM700 pada kita. Kiranya kita masih untung la walopun dah keluar duit RM499 tu.
Pasal memula dengar FREE memang la excited tapi bila part tang kena bayar tu, terus hilang keterujaan aku.Bila dah macam tu, aku cakap la aku ada keje so aku pun letak phone.



Pastu petang semalam dia call lagi, pagi tadi call lagi & baru kejap tadi dia call lagi
Nasib baik malam2 dia tak call pulak... kalau tak memang FREE je dia nak dapat maki hamun aku.[Pompuan ni tak reti give up yer...]
Aku ada gak search kat internet pasal ni tapi banyak yang kata benda tu macam SCAM je
Tah le betui ke idak...Kalau 50 hengget mungkin aku boleh terima kot tapi ni dekat 500 tu...
Dia ingat senang ke nak mengumpul 500 tu ?? Senang2 je nak suruh aku belanja beli produk dia..
Kena tipu RM50 masa beli barang secara online pun aku hangin satu badan.

Korang pernah kena tak cam aku??? Atau pun ada tak korang yang pernah beli kad2 ala diskaun card/privilege card/ vacation card yang seumpamanya?

** Annoying la kalau asyik call je.. Kalau orang tak nak cakap tu maknanya orang tak interested la tu. Takkan tak paham bahasa kot??? 

** Yang terkini, pompuan tu dah pandai call kat opis pulak!!!! Cemana dia boleh dapat no opis aku tu ek?? Ni musti depa dapat maklumat dari credit card application. Patutnya bank mana boleh suka2 hati exposed & bagi maklumat kastemer pada orang luar kan??


15 comments:

|| NaFiRaa || said...

errkkk.. saya memang cukup hangin kalo org tepon pomot pape.. pastu bila kata tak berminat.. boleh paksa2 plak.. cam tak paham bahasa jek!!

yana halim said...

akak annoying dgn Astro. dah sms, sebok call lagi. call lagi. haishhh...bukan kita x nak bayar. sesekali je terlambat pun ligan org mcm nak tarik kereta yg dah tak bayo byk bulan.

mr icham said...

dapat sumber dari bank...tapi bukan semua la...ada yang menjadi rahsia...bank-bank nie pun 'menjual' pada diorang nie...tak silap aku, satu client bank dapat 10sen...so, kira la...bank pun tak beretika...shitt...banyak kali dah kena, setiap kali memang aku BASUH diorang balik...ha ha ha...

:: Mrs.Eady :: said...

pernah kene dgn agen insurance..

munna said...

selalu gak dpt call mcm ni.... mmg tak kuasa nak layan.....

lieyalatif said...

aiyooooooooooooooo...kalo lieya pun tensen mcm nie....asek jek laa dok call...tak paham bahase la gamaknye tu......

SYANI said...

Nafiraa,
Kadang2 nak marah je kat orang tu kan...

SYANI said...

Kak Cho,
Ada kemudahan telefon ni pun kadang2 merimaskan dibuatnya..

SYANI said...

Mr Icham,
Tu la bank ni memang cari duit cara camtu. Kastemer yang jadi mangsa.

SYANI said...

Mrs Eady,
Ada gak ejen insurance yang tepon suh ambik dengan deme. Pun aku terus cakap tak berminat..

SYANI said...

Munna,
Teramat tension dibuatnya..

SYANI said...

Lieyalatif,
Memang tension oooo... rasa nak block je no dia tu tapi takde pulak function tu kat henfon aku..

mama maman aka yana said...

pernah menyesal psl ambik kad vacation.. huhuhu tak guna2 pun.. kena byr 800 free2 je la.. aduhai..

lily lotus said...

laa stressnya camtu :D

eMMe said...

melampau betul tu Sis, x leh dibiarkan, kene tegas Sis, biar dia x brani dah call kite, yg x tahan tu sampai kol opis lak...!!aish!! Over tol pompuan tu... Jgn terpedaya Sis, bukan leh caya, saya x pnh kene, tp mak saya kene yg gores dan menang...
Bengang tol!!