Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 21, 2012

ADORING MY FATHER

Hari Ibu dah lepas kan?? Pasni ada hari Bapa pulak kan???
Aku tak pernah celebrate pun dua2 hari ni & aku tak pernah bother pun bila exactly tarikh Mother's Day & Father's Day ni.. Tau pun bila dah dicanang2 kat radio @ TV.

Walopun tak celebrate father's day, tapi tak salah kan kalau nak buat entry untuk bapak sendiri... Hehehehe
[Aku tau abah aku  takde mananya baca blog aku ni]
Korang masing2 akan ada pandangan tersendiri tentang abah korang kan
Cam tu jugak aku... even though pada aku abah aku tu agak garang, tapi dia jugak abah yang penyayang.

Tapi ada satu benda yang aku adore sangat kat abah aku ni
Aku minat dari dulu lagi.. sejak aku kecik lagi tau
Nak tau apa dia??? Handwriting dia - tak kira rumi @ jawi
Pada aku tulisan dia tu cantik sangat....
Ini adalah sebahagian tulisan dia
[Ni kat envelope POSLAJU ---> masa dia poskan road tax kereta aku bebaru ni]

Kalau abah tuliskan nama aku kat buku tulis aku tu [masa sekolah2 dulu] , aku suka sangat la
Hingga kat semua buku aku pun kalau boleh nak suruh dia yang tuliskan nama aku
Pastu agaknya sebab letih nak menulis buku yang banyak tu, abah siap tempah rubber stamp nama kitaorang lagi. Sejak tu, kami adik beradik main cop je la nama masing2 kat buku sekolah..hehehehe

Walopun kadang2 abah kata tulisan aku cantik tapi aku tetap rasa tulisan abah la yang paling cantik
[sebenarnya aku rasa abah dah malas nak tulis kat buku adik2 aku, tu yang dia bagi puji2an kat aku supaya  aku boleh take over "tugas" menulis tu..]

** Korang pulak suka tulisan sape?

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

suka tulisan kakak ku :)

~aYu~ said...

mmg berseni betul tulisan dia..