Tuesday, May 8, 2012

CAMERON HIGHLAND 2012 - BUTTERFLY FARM

Lepas melepak2 ambil gambar kat ladang teh, kami bergerak menuju ke Taman Sedia
Kunun nak mencari Opah Strawberries yang dikatakan sedap tu
Tapi masa tu jam baru kul 9 lebih cam tak wajar la pulak nak menyinggah makan lagi
Lagipun masa tu hasben aku dah terlajak ke depan so malas nak patah balik
Alang2 dah sampai Brinchang, aku ajak cari Cactus Valley.

Aku pun dah ingat2 lupa dah jalannya sebab last time aku pegi pun tahun 2005 
Sekali lagi terlepas pandang simpang yang sepatutnya so kami terus je tuju ke area Kea Farm
Kalau lambat2 pun nanti jem pulak kat situ kan

Kea Farm ni dekat bebeno dengan Hotel Equatorial tu
[Kalau korang duduk sini boleh jalan kaki je pegi pasar tu]
Tapi sebelum mempasar untuk shopping sayur bagai
Kami singgah dulu Butterfly Farm [sebab Adib dah ajak dari semalamnya lagi]
Butterfly Farm ni betul2 dekat dengan hotel Equatorial gak le
Nak masuk sini bukannya free tau
Dewasa - RM5, kanak2- RM2




Dalam ni cuma ada satu kawasan je yang ada rama2. Dah le tu, rama2 tu pun tak nak terbang. Asyik melekap kat jaring tu jer cam kat gambar atas tu. Kalau ada yang kat pokok pun boleh dikira berapa ekor je..
Salah sekor rama2 yang dekat pokok bunga.


Kami posing lebih kurang je dalam tu...


Pas masuk dalam sangkar rama2 tu, kami jenjalan kat area luar pulak. Ada gak binatang2 lain cam ular, katak, arnab, chipmunk, ikan. Pokok bunga pun banyak gak. Besar2 ko bunganya. Mak aku suka la tengok bunga kembang2 camtu. Kaktus pun ada..


Bunga raya tu lagi besar dari muka Yaya tau...


Sebab chipmunk ni cute, aku ambil gambarnya tepek kat blog ni.. Ada dalam 5 ekor kot kalau tak silap. Tapi yang ni paling dekat dengan cermin.

Overall, taman rama2 ni cam tak berbaloi pulak nak kena bayar sampai RM5 sorang. Patutnya 2 ringgit dah le. Bukannya ada apa sangat pun. Tak tahu le pulak kot2 rama2 tu belum aktif lagi pepagi camtu.

Lepas ke Butterfly Farm tu, kami terus ke pasar Kea Farm tu. Masa kami lalu tu pun dah start jem dah. Nak cari parking pun payah. Tapi dapat la jugak dekat area kawasan rehat tu. Jauh la pulak nak menapak naik ke pasar. 

Borong sakan le kami kat situ - beli sayur, strawberry, jagung, FM, buah, teh dll... Memang rambang mata dibuatnya sebab semuanya murah2. Kalau pi Cameron Highland jangan lupa singgah sini tau. Dah sebok2 shopping kan, tak dan pulak nak tangkap gambar.

Beli barang punya la banyak. Pastu nak mengangkut ke kereta punya la jenuh. Sampai sakit tangan2 aku.. Tapi hari masih awal lagi. Tak terus balik apartment so kami pegi ke Cactus Valley pulak. [Geram sebab tadi tak jumpa so patah balik ke Brincang untuk cari Cactus Valley.]

6 comments:

lieyalatif said...

bestnye....sonok tgk.....lieya dah lame tak ke cameron nie....nak gi le ajak hubby...tapi kat atas tu manjang full kan kalo cuti sekolah kan.....lieya ni peminat rame2 tu pasal blog lieya penuh rame2 hihihihi

TK said...

Wa..terbayang hawa sejuk kat cameron.lama tak g cameron. Skrg kat KT panas! Tunggu baby besar sikit nak ke sana..teringat jagung manis kat sana..sedapnya..

TK said...
This comment has been removed by the author.
TK said...
This comment has been removed by the author.
|| NaFiRaa || said...

jagung kat CH cantek2 kan.. sayang nak makan..kekeke

Bulan Syurga Firdausi said...

eehhh sy pun baru je lepas p cameron 1 mei hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...