Monday, May 7, 2012

CAMERON HIGHLAND 2012 - GREENHILL APARTMENT

Jumaat lepas (04.05.2012) memang asalnya aku mintak cuti sebab aku nak balik Ipoh semata2 nak pegi ambil geran kereta aku. Dah 7 tahun kot usia kereta aku tu [sebaya Aleeya]. Dah kebetulan road tax pun mati 2-3 hari lagi. Plan nak cuti tu memang dah lama tapi tetiba masa mak aku datang rumah aku lepas hantar adik aku yang bongsu balik hostel, hasben aku la tetiba mengajak pegi Cameron Highlands tu.

Lepas cam dipersetujui semua, aku pun canang la kat adik beradik aku yang lain pasal plan tu. Alhamdulillah mandapat sambutan [ewah, cam banyak beno adik beradik aku nih!]. Tapi last2 minit 2 adik aku tak dapat join. Angah sebab ada exam, pastu Adik pulak ada presentation.

Plan asalnya nak pegi lepas sembahyang Jumaat tapi Abah aku keje la pulak. Memula abah kata naik dulu & dia akan datang kemudia. Tapi mak aku cam tak konfiden je abah gi sorang2 so kitaorang pun setuju tunggu abah habis keje kul 5.30 ptg & sama2 konvoi  (2 biji kereta je pun). Hari hujan so kami bawak slow2 je. Lagipun Ipoh-Cameron ikut Simpang Pulai, idak le jauh mana pun. Sejam lebih sampai le..

Dari rumah mak aku kul 5 ptg, singgah kuarters abah dulu dalam 5.30 ptg. Pastu terus gerak ke Cameron. Tapi sebabkan waktu tu memang waktu orang balik keje so  agak jam la sikit. Traffic light banyak lak tu. Finally sampai Tanah Rata dalam kul 7.30mlm. Pastu nak cari apartment dah satu hal. Gelap2 tu payah sikit la nak baca signboard kan. Tapi nasib la ada petunjuk Heritage Hotel. Folo je la signboard. Kalau nak senang lagi, cari sekolah Convent tu. Kira dah dekat le tu.

Kalau dah sampai sini, dah betul la arah tu..


Masuk je kat simpang ada tulis HERITAGE HOTEL tu pastu terus je sampai korang jumpa simpang GREENHILL RESORT.


 Tapi apartment kitaorang bulan le kat kawasan Heritage Hotel mahupun Greenhill Resort. Apartment kami yang kat belakang tembok tu... [Yang ada kereta tu.. nampak tak??]

Nasib baik kami orang dapat tingkat bawah sekali. Tak le jenuh nak mengusung barang2. Jom aku bawak korang tour apartment yang kami sewa tu.
 Ini ruang tamu yang luas giler.... Tapi tv kecik la pulak.. tak puas nak nengok ramai2.
[Malam tu kami dok berteleku depan tv nengok SUPER SPONTAN..hehehehe]

Ni pulak master bedroom. Pun luas jugak... Kalau bentang toto atas tikar tu, boleh  muat 4-5 orang lagi.
Dalam almari kat bilik ni penuh dengan bantal tau. Lebih dari cukup untuk semua orang.

 Ni 2nd bedroom. Pun luas jugak.


Ni pun dalam bilik ke-2 jugak. Ada satu tilam single. Tengok dalam almari tu penuh dengan comforter. Tak payah usung dari rumah.


Ni pulak bedroom ke-3. Kecik sikit tapi ada katil dabel decker. Tilam pun banyak. Kitaorang siap susun berlapis2 kat ruang tamu. Baru la empuk nak landing..


Ni pulak tempat kami makan. Ok la tak sempit sangat. Kat balik dinding tu ada toilet.


Ni pulak dapur tempat memasak. Sempit sikit la.. Kiranya muat sorang le nak masak kat situ.Setentang dengan dapur tu pulak pintu nak masuk toilet. Kiranya boleh berlaga bontot la kat situ...


Ni pulak toilet/bilik air kat master bedroom. Kecik tapi selesa la.


Yang penting harus la ada water heater kan... Mana tahan mandi air sejuk.

Tapi tu la kan, bila duduk tempat sejuk ni, asyik lembab je.. Tuala pun tak dan nak kering. Bila lembab ni tau je la bau hapak tu agak sinonim..  Nasib baik tuan rumah sediakan Febreeze. Sebelum tidur harus sembur2 dulu...

 Sapa nak duk sini, silalah kontek tuan rumah..


Itu je la aktiviti kami di hari pertama. Sebab dah sampai lewat, so pospon aktiviti jenjalan keesokan harinya.. Tidur dengan lena weh sebab sejuk.....

7 comments:

sissyira said...

salam...

berapakah harganya itu? seronok juga g sana,. ada plan juga nak p tp masa je blm ada.hehe

SYANI said...

Apartment yang saya duduk ni saya bayar RM450 untuk 2 mlm.

Eliss Mie said...

entah bila nak jejak CH jugak ni..jelez to the max :(

juicy X said...

murahnyAAAAAAAAAAA

Rozita said...

terima kasih..nak try contact tuan rumah..

tingkat bawah kan ni?

SYANI said...

Rozita,
Ha'ah apartment ni ground Floor. Kalau tak dapat kontek tuan rumah, cuba call no ni:013-5100583 (En Johar)

Iz Yusmizan said...

Kalau satu malam berapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...