Meh tengok skil aku tangkap gambo sunset guna mode twilight ni
Ini pun setelah diedit lebih kurang guna photoscape
[aku kan pakai henpon je... nak guna dslr memang nan hado]
Cantik kan pemandangan sunset ni [puji diri sendiri].
Kalau tengok live lagi cantik.. Subhanallah
Ok Cik Ana, matahari dah terbenam tu, jom kita packing nak balik.
[Sempoi je kan Cik Ana ni, siap pakai kain batik cam duduk rumah pulak!]
Sementara menunggu Cik Ana & familynya bersiap membersihkan diri, posing dulu yer..
Adib, Amir, Adam & Aleeya.. [Amir & Adam tu anak2 Cik Ana]
Cik Ana & Pak Zam dah siap.. Jom balik!!! Malam karang nak pi Lumut plak!
[Cik Ana terpaksa letak tuala tu camtu sebab dia tak pakai anak baju.. wakakaka]
On the way balik jem gila... Ingatkan kat KL je jem rupanya kat sini pun sama. Kalau tak jem 5 minit dah sampai hotel. Terpaksa sangkaT dalam jem ni dekat setengah jam. Aku nak letak jugak gambo parkinson ni kat sini sebab nak tunjukkan berapa panjang dia punya jem...
Sampai je hotel, mandi, semayang, salin baju & siap2 untuk ke Lumut pulak. Tak jauh pun dari hotel kami. Perjalanan ade la dalam 10-15 minit. Memang meriah giler Lumut. Tapi aku tak tangkap gambar pun. Nak tangkap gambar dalam gelap memang tak best la.. So next time aku pi Lumut siang2 baru boleh ambil gambar.
Kat Lumut, berjalan sampai lenguh kaki. Ade ala2 uptown & ade funfair lak tu tapi tak berapa happening la funfairnya. Kitaorang pun tak membeli apa sangat sebab harga agak mahal berbanding kat TB. Kat sini sempat la hasben aku belikan ikan masin jeruk untuk Cik Besah.
-gambo google-
Aku pulak beli la kudap2 Untuk dibawa balik nanti..[Nak kudap2 kat bilik].
No comments:
Post a Comment