Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 27, 2010

SHORT TRIP : TELUK BATIK

Seperti yang dicanangkan dalam entry lepas, akhirnya pada Sabtu lepas kitaorang dah selamat sampai ke Teluk Batik. Perjalanan dari Batang Kali hanya ambil masa 3 jam.Itupun pada kelajuan 100-120kmj. Kalau slow lagi maka lama la lagi waktu perjalanan tu. Kiranya kitaorang keluar rumah pukul 7.30 pg & sampai di Teluk Batik pukul 10.30pg.

Laluan kitaorang adalah Batang Kali - Tanjung Malim [masuk lebuhraya]- Tapah [berenti kencing & yang sewaktu dengannya]- Gopeng [exit tol] - Batu Gajah- Teluk Batik. Memula nak ikut exit Bidor tapi rasanya kalau ikut situ lagi jauh perjalanan kitaorang. Kitaorang dah pernah try balik kampung di Pantai Remis ikut situ.. Jauh giler!!

Sesampai kat Teluk Batik, hujan la pulak. Takde can nak pi melepak kat pantai. Last2 terpaksa la duduk kat pondok sampai hujan teduh. Sambil menunggu tu baik la kitaorang makan bekal yang disediakan oleh Cik Ana [jiran aku]. Aku cuma bawak rendang je. Nak buat sandwich tak sempat la pulak. Cik Ana masak nasi putih, Ayam masak kicap & sambal bilis + kentang. Makan hujan2 ditambah pulak dengan tak breakfast lagi, so memang makan sampai kenyang la.

 Hero2 Malaya tengah hangkut bakul nak bawak pi pondok. Jauh dari tempat parking lak tu.

 Budak2 yang frust sebab tak dapat mandi laut lagi.. Masing2 dengan muka tak mandi pagi..Lepak sini dulu sementara hujan berenti.


Apa la yang dimenung dek Aleeya tu gamaknya?? Teringat Syahir kat rumah ke??

 Bekalan sudah dipunggah.. Siap sedia untuk makan..

Sambal bilis kentang Cik Ana. Memang terbaek.. wa cakap lu..

Sementara memunggah bekal dari kereta, aku call la Hotel Putra kat Lumut yang aku booking tu. Nak dabel konfem la bilik yang aku booking tu kononnya. 

" Dik, akak nak konfem bilik, hari tu akak booking 2 bilik bayview. Booking under nama XXXX"

"Jap saya cek, akak nama XXX ni yer.. No tepon 017-XXXXXXX ye.. Tapi kat sini booking 1 bilik je"

"Eh, akak booking 2 bilik  la dik. Abih tu cemana ni? Akak dah sampai dah ni? Ade lagi tak bilik kosong?"

" Semua bilik penuh la kak. Takde yang kosong dah"

Dengan hangin satu badan aku cakap la 
"takpe la dik, kalau ade kosong bagitau la. Akak nak pi cari hotel lain lagi baik"

Hampeh tul.. cemana la budak yang ambik booking tu. Sebelum aku letak tepon masa booking tu aku cakap berkali2 dah kat budak tu aku nak 2 bilik. Pekak gamaknya budak tu. Nampaknya takde rejeki yang duk Hotel Putra tu. Takde modal la nak join kutuk Hotel tu dengan brader Kulop Ludin. Sib baik la takde bayo deposit, kalau tidak dah kena tiau dah budak tu.Hehehehe.

Kitaorang duk mana?? Akan disambung di next entry..


1 comment:

kakchik@ella said...

Teluk Batik dkt sgt dgn rmh mertua. kalo pegi, mmg tk dpt nk tido sana, balik ari shj. byk beli ikan bilis tak? haha ..