Wednesday, December 29, 2010

Hensemnya Shah Rukh Khan dalam CHAK DE INDIA

Sape nengok citer ni malam tadi kat TV2?
Aku pun memula takde purpose pun nak tengok tapi dah anak aku bukak drama kat TV2 so layan je le apa citer lepas tu. Nengok tajuk pun macam tak best je. Sekali tengok keluar nama Shah Rukh Khan.... harus tengok nih!!! Rindu nak tengok SRK berlakon.. [dia kan kekasih pujaan hatiku dolu2]




Citer ni bulan le citer baru ekceli. Rasanya dah 2-3 tahun punya cerita. 
[Tapi aku baru tengok.. hehehe].

Alkisahnya cerita ni tentang pasukan hoki wanita negara India. Pastu SRK ni coach team tu la namanya Kabir Khan. Kabir Khan ni asalnya pemain hoki India tapi masa final world cup lawan Pakistan dia buat pukulan penalti tapi tak masuk. Pastu dia dituduh mengkhianat negara. Lepas 7 tahun dia menyepi, dia apply untuk jadi coach team hoki wanita. Kunun nak tebus maruh dia. Finally dengan usaha gigih dia dapat bawak team hoki tu ke World Cup. Memang membakar semangat sungguh cerita ni. Macam2 cabaran untuk bawak team tu sampai ke final. [Mentang2 le malam ni perlawanan bola sepak Malaysia lwn Indonesia].

Overall citer ni memang best. Aku yang dari asalnya nak tidur terus mengadap tv sampai habis citer ni. Best pun bukan le 100% sebab SRK tapi sebab jalan ceritanya. Lagipun pelakon2 lain takde la glamer pun. Muka kampung je semuanya [yang pemain2 hoki tu la]. Tapi SRK sangat hensem dalam ini cerita tau.... [walopun dia dah tua]..  Layan gambo SRK jap..

 Tetap hensem walopun berjambang..


Gaya gumbira seorang coach bila team dia menang. Macho beb!


** Chak De India  = India Boleh!
** Malam ni kena laung Chak De Malaysia lor... 
[semoga team kita menang lawan bola malam ni].

3 comments:

Queen said...

hehe...chak de malaysia..dah cancel semua app malam ni sebab nak tgk bola...hehehehe

kakngah said...

rambut dia menten tebal
:P

KedaiGambarKami, Kluang, Johor said...

mcm tiru cite omputeh..cite pasal baseball juge..the league of our own..jalan cite pon sama..tapi cite hindustan bisanye olahan dia best hehehe

jemput join contest kami sekali ye..http://kedaigambarkami.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...