Monday, December 20, 2010

Limau Tambun

Balik dari Ipoh hari tu, sempat la kami menyinggah kat Simpang Pulai
Nak beli limau Tambun a.k.a. Limau Bali
Dah lama tak makan limau ni.. lagipun aku tak berapa berkenan sangat
disebabkan beberapa jiran mengirim buah ni kitaorang belikan la sorang satu
[nak beli lebih mahal la pulak]


Senang je nak cari tempat ni, kalau korang nak exit tol kat Simpang Pulai, sure akan jumpa deretan kedai2 yang jual limau ni. Kedai2 ni betul2 depan Hillcity Hotel [kalau tak silap aku la].
Yang menjual limau ni pulak muda2 amoinya. Siap pakai seksi lagi. Nak attract kastemer la tu. Ade sebaris tu pulak yang tukang jualnya ah-so2 yang dah tua. Tak ramai lak orang kat sana.. menjadi sungguh taktik depa ni. Pancing orang dengan amoi2 yang cun2 & seksi2.
Pilih bang jangan tak pilih.. [Sib baik amoi tua yang layan laki aku..kik..kik..]

Kitaorang singgah kat kedai yang ada amoi seksi tu. Bukan sebab amoi tu tapi sebab dah kitaorang parking betul2 depan kedai dia. So turun je terus masuk. Ye lah kan, kalau pi mana2 kedai pun camtu jugak harganya. Sebab nak menjimatkan masa [sebab Cik Besah dah tunggu kat Gopeng] kitaorang pun cepat2 la beli.. Sebiji RM15 tu. Mahal kan??? Nak beli yang 3 biji RM20 alahai besarnya.. Besar sikit dari limau sunkist jer.. Lepas beli 5 biji yang tak berapa nak besar tu kitaorang pun terus blah dari situ.

Sampai je Batang Kali, terus bagi kat jiran2 sorang sebijik. Sib baik la rasanya manis. Sesuai la dengan harganya...

1 comment:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sedapnya limau bali.biasa kak ipar aku bawak balik kesini dari kedah.ada kebun tok dia..free jah laa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...