Tuesday, December 28, 2010

Jom Berkelah

Assalamualaikum...
Ok sambung lagi cerita piknik kat Teluk Batik

Lepas kitaorang settle down kat hotel, siap2 la salin baju, semayang [jamak qasar je], gosok gigi anak2 [maklum la pagi tadi depa basuh muka je], maka kitaorang siap sedia la nak pi piknik.  Masuk je dalam kereta, dalam 5 minit lebih kurang, kitaorang sampai ke TB. Punya la penuh tempat parking last2 kitaorang parking je kat pondok yang kitaorang singgah makan pagi tadi.




Lepas keluarkan bakul berisi makanan, kitaorang pun cari la port nak berkelah. Sepanjang2 pantai jangan harap la nak kosong, so kitaorang lepak kat tempat yang jauh sikit dari pantai. Tak kisah le janji redup & kurang berpasir.


Ini la view depan port kitaorang.


Satu lagi view dari port kitaorang.. buat spoil je tong sampah tu.


Bila dah ambil pot, masing2 pi terjun laut. Aku tak mandi pun sebab aku malas nak pi bilas2 badan & beratur panjang kat tandas awam tu. Panjangnya barisan mengalahkan barisan kat kaunter Jusco masa sale Jcard member.. Lagipun barang2 makanan & pakaian kitaorang sape lagi nak jaga... aku jugak!!


Adib & Yaya pun mandi kejap je sebab ombak agak kuat kot. Lepas abah depa bawak pi salin baju, depa join aku lepak bawah pokok. Sambil lepak, kitaorang pun bukak la periuk nasi. Makan lagi sampai buncit perut..

Lepas makan, si Adib baring2 dengan abah dia terus dia terlelap. Letih sangat la tu main air laut. Lama jugak dia tidur berlapikkan tuala [bantal kecik tak bawa]. Maklumla dengan angin sepoi2 tu maunya tak syok tidur.


Lepas Cik Ana serender mandi laut, dia pulak ambil alih tempat aku sebagai penunggu. So boleh la aku pi jalan2 cuci mata kat dataran Teluk Batik tu kejap. 


Gerai2 pun banyak yang jual macam2- souvenir, baju, makanan, pelampung bla..bla.. 
Terlalu banyak gerai sampai tak terpergi semuanya


Cantik2 dress kat sini. Sempat la rembat sepasang lagi..


Kalau dah berjalan ke gerai tu tak sah le kalau tak membeli mende2 kan. Si Yaya pun dapat sehelai dress [sebab dia pun nak baju macam mama], Adib plak dapat topeng ultraman & belon buih tu. Yang hasben aku pulak, jangan kata dia tak beli apa tau. Dia telah membeli sepasang sandal croc. Tu beli terus pakai, yang lama terus lempor tong sampah...

Lama jugak le kitaorang lepak kat TB tu. Ade la jugak sampai pukul 7++, Siap tengok matahari terbenam lagi. Cantik. Bestnya kalau hari2 dapat bersantai camni...

1 comment:

Me said...

bestkan syani kalau hari2 kita leh lepak2 mcm tue santai... selalu terbayang sambil goyang2 kaki lepak2 tapi duit gaji masuk hahhahaha melampo tak??????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...