Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 27, 2010

Short Trip : Valley View Hotel

Tengok tajuk pun korang dah tau aku duk hotel mana kan?? Setelah merajuk dengan Putra Hotel yang hampeh tu, kitaorang pun check in kat Hotel ni. Ekceli lepas kitaorang makan2 kat Teluk Batik tu, hasben aku ade la gi tanya2 kat hotel & chalet berhampiran kot2 la ade kekosongan lagi. Malangnya memang semua tempat fully booked. 

Sebelum sampai simpang ke Teluk Batik, aku perasan ade hotel baru kat situ, so aku sajes kat laki aku suh tanya kat hotel tu kalau2 ade kosong. Kalau dah ade yang dekat tak payah le kita ke Lumut pulak kan?. Alhamdulillah, masih banyak bilik kosong. Tapi memandangkan waktu tu peak season so harga mahal sikit la. Kalau ikutkan harga biasa takde la mahal mana pun. 

Bilik yang bawah RM100 tinggal 1 bilik je, so kitaorang bagi la pada Cik Ana & family. Kitaorang terpaksa la ambil bilik yang mahal sikit. [Apa ade kisah, laki aku kan baru bonus..wakakaka]. Tak susah cari hotel ni, sape yang pi Teluk Batik sure korang akan jumpa hotel ni. Dekat sangat dengan simpang ke Teluk Batik & berhadapan dengan flat kuaters TLDM.




 Ni la main entrance dia.


Pandangan hotel dari belakang. 
Sementara menunggu waktu check-in, kitaorang berjalan2 la nengok  kawasan perumahan yang baru siap kat belakang hotel tu. Rumah teres & semi-D lawa2 tau. Dah le tak berkunci, sampai ke dalam rumah la kitaorang buat site visit..


 Ini lobby hotel tu. Hotel ni 3 tingkat tau. Semuanya ade 40 bilik [kata budak reception tu la]


 Koridor menuju ke bilik aku..


 Ini le nombor bilik kami.. Di tingkat 2


 Interior dalam bilik. Selesa sangat untuk kami anak beranak


 TV LCD  32" lagi uols..


 Yang penting ade ekon... Tidur dengan nyenyak sampai pagi..


Ini pintu bilik air. Cantik kan??? Agak2nya mahal tak kalau nak buat pintu ni kat bilik air rumah sendiri??


 Heater pun ade..


Kemasan bilik airnya- black, white & grey.. CUN! 


So kesimpulannya hotel ni memang selesa, bersih & cantik. Harganya pun berpatutan. Hotel pun hotel baru so banyak fasilitinya nampak baru & elok lagi. Memang tak rugi duduk sini tau!

** Hotel ni ade 1 lagi cawangan di Lumut. Tapi yang kat Lumut tu dah agak lama & interiornya pun tak berapa lawa [aku tengok dalam pemplet]. So sape yang berhajat ke Lumut/ Teluk Batik boleh la duk kat hotel ni. Nak pi Teluk Batik pun dekat, nak pi Lumut pun dekat. Nak makan pun senang sebab kiri kanan ade kedai makan.


5 comments:

HaNa HoNeY said...

pergh
lawa gile kowt
puah hati ah neyh??
haha

Queen said...

wow..best!

kakngah said...

perasan hotel ni.. kat simpang sblm msk TB tu.. kalau x silap
not bad jugak.. kalau btl2 kt TB lg bes kan...

Yati said...

Wah... hotel baru...

kulop ludin said...

wa... mantapnye hotel nie....
nak kena try nanti....
nampak selesa!!!