Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 20, 2010

Asyik tertangguh.... bila nak buat???

Entry lepas geram hari ni sebab orang yang janji nak betulkan table top aku tak muncul2 sampai sekarang. Dulu aku pernah citer kan yang ade kontraktor ni offer nak repair tabletop rumah aku yang dah rongak. (Boleh tengok kat SINI) . FOC lak tu sebab kitaorang rekomen dia untuk renovation satu rumah ni. Untung besar la tu kot tu sebab tu dia offer nak buat tabletop kitaorang.

Hari tu janji nak buat hari Selasa...(sampaikan aku kena balik dari Ipoh awal sehari)  Tup..tup tak jadi sebab dia nak siapkan projek dia kat Ampang. Pastu katanya buat weekend ni (hari ni la patutnya). Pepagi lagi hasben aku call dia nak tanya jadi ke tak?? (Sebabnya barang2 tak alih lagi.. kalau jadi nak le alihkan kat tempat lain) Tahu2 dia kat Nilai pulak.. esok katanya.. Esok??? Sempat ke nak siap??  

Bengang tul kitaorang. Mentang2 la ko nak buat FREE asyik bertangguh & sambil lewa je la. Barang2 dah beli pulak tu. Ni dok bersepah kat rumah aku ni.. rimas la.. Kang tabletop belum repair, barang yang beli dah rosak/pecah. Sabo je la...

sinki 3 lobang ni nak gantikan sinki sedia ada.. [tamak lagi!!!]

sinki sekarang...

batang paip ni aku mintak dirapatkan ke dinding so boleh letak banyak barang bawah sinki.

last but not least nak pecahkan dinding bawah tu so akan ade more space

2 comments:

CikguIna said...

syani...cantik dan luas jugak rumah hang ni...klu buat pintu kat bawah tu...lg cun sbb tak nampak serabut2 brg yg disumbat kat bawah tu...

AISYAH HANI said...

memang la lina oi... teringin nak pasang kabinet.. tapi ongkosnya belum cukup dong!