Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 15, 2010

Berkelah kat Ulu Chepor

Sempena cuti Raya Cina ni (lama lak tu..kompeni aku cuti sampai Rabu) so seharusnya la kitaorang balik Ipoh. Kali ni takde plan nak gi mana pun sebab rasanya kalau bali Ipoh asyik pegi tempat sama je. 

Kebetulan lak adik aku yang bongsu pun ade so dia ajak pegi berkelah. Nak pegi mandi laut jauh & panas lak tu so malas la. So aku cadang mandi sungai je la kat Chepor. So hari Ahad lepas dengan tak mandinya kitaorang semua terus packing apa yang patut,(dalam kul 9 pagi tu..) terus gi Chepor. Mak tak ikut sebab ade kenduri. Yang pegi anak beranak aku, Acik & Ana.

Perjalanan dalam 20 minit jer dari rumah aku. Jalan lak clear lagi la cepat sampai. Itu pun sampai sana dah ramai orang. Ingatkan kitaorang awal rupanya ada lagi awal. Alhamdulillah pondok banyak yang available lagi so boleh letak barang2 kat situ. 

Ni la port kitaorang. Tak dalam tak cetek, sedang2 aje untuk anak2 mandi.

Lagi best kat sebelah tempat pondok kitaorang ni ade playground lak. Lagi la suka anak2 aku tuh.

Punya la lama tak gi Chepor, dah banyak yang berubah. So far air kat situ tak sesejuk kat Kedondong.. Kiranya kalau dok berkubang dalam air tu lelama pun aku sanggup. Tapi yang tak sanggupnya anak2 aku la. Tak sampai sejam dah serender... Sampai geletar2.



Acik & hasben aku pun serender awal jugak. Yang duk berkubang lagi aku & Ana je. Pi duk kat celah jeram... Wah..bagaikan dalam jakuzi kat spa..Hahahaha..Best kan Ana kan???



Lepak kat sana takde la lama mana sebelum kul 12 kitaorang dah balik dah. Pastu masing2 terbongkang kat tengah rumah. Letih la kononnya...Hehehe.

1 comment:

sW33tdARLiNG said...

syiook nyaaa... eiiy tetiba terasa nak bawak anak jalan jauh esok.. padahal dah abis cuti, 3 hari duk memerap jer kat umah...