Tuesday, February 16, 2010

Dah le Mahal tak sedap lak tu!!!

Malam sebelum cuti CNY tu kitaorang ingat nak makan kat "Payung Corner" (tempat ni memang glamer kat Batang Kali ni) tapi sebabkan penuh so kitaorang kena la cari makan kat tempat lain.. (Hasben kat dah gaji...so asyik makan luar je...membazir betul.)

Pikir punya pikir kitaorang last2 makan je kat Medan Selera Batang Kali @ lebih senang kitaorang panggil TV besar (sebab kat situ ade TV besar). Nampaknya tak ramai lagipun dekat dengan playground untuk anak2 main. Kitaorang duk betul2 sebelah slide tu so senang nak monitor Yaya & Adib.

 -tv besar tak bukak lak...yang kat atas tulisan MEDAN SELERA BANDAR UTAMA BATANG KALI tu la TVnya-



Aku order chicken chop & hasben aku cam biasa la nasi putih, tomyam & paprik ayam. Untuk anak2 pun aku order chicken chop jugak. Tapi budak2 ni bila dah main mana ingat nak makan. Sampai nak balik pun asyik minum air je last2 abahnya je yang tolong habiskan Chicken chop tu.

Masa membayar, terkejut aku kena sampai RM40+++. Mahal giler!!! Apa yang mahal sangat?? Takkan chicken chop tu. Dah le tak sedap. Aku rasa maybe CC je dah berbelas ringgit. Tak berbaloi langsung. Tomyam dia pulak cair semacam je.. Paprik dia ok la... Pasni tak hingin lagi kitaorang makan kat sana. Selalunya kalau kitaorang 4 beranak makan takde la sampai RM30 pun.. time ni plak kena bantai sampai RM40 hinggit. Hampeh... Bengang tul!!!

So korang kalau nak makan tak yah le singgah sini. Mahal nak mampus. Baik korang makan je kat Ina Naim tu.. Lebih berbaloi2.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...